Friday, January 22, 2021

Apa NIAT berbisnes?

Sahaja aku meniaga kerana...

NAK TARGET SAVING 100K

NAK BANTU BEBAN KEWANGAN SUAMI

NAK BELI RUMAH PERTAMA

NAK BELI KERETA MEWAH

Lazimnya kita akan ditanya dengan soalan cepumas ni kan oleh pakar atau mentor perniagaan. Macam-macam jawapan keluar.. Jangan risau tiada yang kata salah atau betul.. Semua orang berhak membuat niat masing-masing.

Persoalan NIAT ni sebenarnya bila CikSma ikuti setiap kelas demi kelas, seminar demi seminar.. Mula dulu CikSma niatkan nak berbisnes ni sebab nak ada income sendiri so kita boleh belanja untuk kepuasan diri sendiri, nak langsaikan hutang, nak bagi duit pada mak, bantu kewangan suami dan bersedekah. Cuma masa tu point penting yang CikSma tak perasan adalah Niat itu hakikatnya 'untuk memberi manfaat kepada orang-orang yang kita sayangi'.

Haa..macam mana tu?

Kita berbisnes majoriti faktornya sebab nak bagi kesenangan kepada mak ayah, suami, anak-anak dan bantu mereka yang memerlukan. Sebab itu, apabila kita jelas dengan NIAT, itu akan menjadi BIG WHY kita, seterusnya mudahlah kita SET mindset dan cara bertindak kita lebih terancang. Untuk menjadi orang yang berjaya, adalah memberi manfaat kepada manusia sekeliling. 

ANAKKU GDD

 Global Development Delayed  Sungguh aku hilang kesabaran dengan si abang. Dia tidak faham apa yang aku cakapkan, langsung tiada fokus dan m...