Sunday, August 4, 2019

Apa itu gred Minyak Pati Terapeutik?

PIAWAIAN CPTG

Minyak pati doTERRA CPTG ialah sebatian aromatik tulen, semulajadi yang diekstrak dengan teliti daripada tumbuh-tumbuhan. Maksudnya, MP tidak mengandungi sebarang bahan tiruan yang akan merendahkan kualiti kandungan aktif dan bebas daripada pencemaran seperti racun perosak atau sisa kimia lain.

CPTG (CERTIFIED PURE TERAPEUTIK GRADE) adalah satu gred tertinggi yang diiktiraf untuk sesuatu piawaian minyak pati yang dikeluarkan oleh pengeluar minyak aromaterapi di dunia. Melalui gred inilah kita akan mengetahui tahap keaslian kualiti sesuatu minyak pati, adakah ia benar-benar 100% asli atau mengandungi kandungan kimia dan sintetik asing. doTERRA adalah pengeluar minyak yang asli dan mempunyai unsur terapeutik yang bermaksud ianya selamat untuk kegunaan ke atas kulit. 

CPTG adalah kekuatan bagi jenama doTERRA di dalam industri kesihatan dan kosmetik ini. Ini adalah amat penting bagi memastikan sebatian aktif minyak berada pada tahap yang betul untuk menjamin keselamatan dan keberkesanannya. Banyak pengeluar minyak pati menyatakan bahawa produk mereka tulen, namun hanya sedikit yang menepati piawaian ketat untuk komposisi kimia. 

Minyak CPTG doTERRA menggunakan ujian persilangan Spektrometri Jisim dan Kromatografi Gas untuk memastikan ketulenan Kedua-dua ekstrak dan keberkesanan komposisi setiap kelompok minyak yang dihasilkan.

doTERRA juga bekerja rapat  dengan para peladang tempatan dan rangkaian global ahli kimia minyak pati seperti Aromatic Plant Research Center (APRC) memilih tumbuhan daripada spesis yang betul-betul berkualiti tinggi dan habitat aslinya terpelihara. Setiap sebatian aromatik daripada tumbuh-tumbuhan diekstrak secara teliti oleh penyuling yang berpengalaman dan tertakluk kepada analisa kimia dalam memastikan komposisi dan ketulenannya berada pada tahap tertinggi.

Setiap produk doTERRA dijamin mampu melebihi jangkaan prestasi serta kepuasan pelanggan. Ini adalah kelebihan dan keunikan yang membezakan minyak pati doTERRA berbanding pelbagai jenama minyak pati yang terdapat di pasaran. Ramai pengeluar minyak pati di dunia yang berusaha bersungguh-sungguh menghasilkan minyak pati dan sedaya upaya menjamin ketulenan produk dihasilkan mereka sebagai 100% asli semulajadi, namun sayangnya tidak semua produk yang layak mendapat pengikhtirafan dengan gred Terapeutik 'CERTIFIED PURE THERAPEUTIC GRADE' sepertimana yang hanya boleh dijamin oleh doTERRA dan diperakui oleh laporan APRC!

Selidik dahulu sebelum membeli! Elakkan ditipu, membazir dan menggunakan produk yang boleh membahayakan tubuh badan kita yaa.. Lambakan produk yang membanjiri pasaran tempatan dengan tagline yang serupa '100% PURE' sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk menyertakan laporan klinikal berkenaan produk mereka.

Demikian doTERRA melancarkan www.sourcetoyou.com bagi memudahkan carian informasi berkenaan produk mereka, lebih telus tanpa perlu berselindung atau kerahsiaan di sebalik pengiktirafan gred yang gah 'CPTG'.










No comments:

Post a Comment

ANAKKU GDD

 Global Development Delayed  Sungguh aku hilang kesabaran dengan si abang. Dia tidak faham apa yang aku cakapkan, langsung tiada fokus dan m...