APA ITU MINYAK PATI / ESENSIAL ?
Adakah Minyak pati esensial SAMA DENGAN minyak wangi?
Oleh kerana minyak pati telah menjadi kian popular, kekeliruan mengenai minyak pati juga semakin meningkat. Ramai pengguna yang tidak pasti apakah perbezaan antara kedua-dua minyak tersebut. Yang pastinya, ia bukan sekadar mempunyai bau yang wangi sahaja ya kawan-kawan...
Kedua-dua minyak ini sering disalah-erti dan sangat berbeza dalam pelbagai cara. Walaupun dua jenis minyak ini boleh digunakan untuk tujuan memberikan aroma, kedua-duanya berbeza dari segi kandungan kimia, harga dan sifatnya serta tujuan penggunaanya. Sebenarnya, penting untuk kita memahami apa itu MINYAK ESENSIAL terlebih dahulu.

Minyak Pati (essential oils)
Minyak pati adalah sebatian aromatik semula jadi yang terkumpul di dalam tisu tumbuhan yang dipanggil kalenjar minyak. Minyak Esensial juga dipanggil 'pati' adalah bahan yang amat pekat atau likat yang diekstrak dari pelbagai bahagian yang berlainan pada tumbuh-tumbuhan. Antara bahagian tumbuh-tumbuhan untuk memperolehi minyak pati adalah bunga (Rose), teras pokok (Sandalwood), kulit buah (Lemon), getah (Frankincense), buah Berry (Juniper Berry), biji buah (Fennel), daun (Petitgrain) dan banyak lagi.
Kimia yang terdapat dalam minyak pati adalah kompleks. Oleh sebab itu, satu jenis minyak pati boleh membantu melegakan pelbagai masalah kesihatan. Lavender misalnya bersifat antiseptik, antibakteria, antibiotik, antifungal dan banyak lagi. Lebih banyak kalenjar minyak yang wujud di dalam tisu tumbuhan itu, lebih murahlah harga minyak tersebut dan sebaliknya. Misalnya, 3 pounds Lavendar diperlukan untuk menghasilkan 1 botol 15ml Lavendar, manakala 242,000 kelopak petal ros untuk menghasilkan 5ml minyak ros. Justeru itu, dapat kita tengok perbezaan harga yang sangat ketara antara kedua-dua minyak ini yang nyata kita terpaksa membeli dengan harga yang berlipat kali ganda tinggi untuk minyak ros. Betul tak?
Minyak pati telah digunakan sejak berzaman dahulu di dalam pelbagai budaya untuk faedah perubatan, terapeutik dan kecantikan. Minyak pati juga amat membantu meningkatkan tahap mood, menguatkan imunisasi tubuh badan, menenangkan deria dan membangkitkan respon emosi yang kuat. Penggunaan minyak pati ini mampu memberi impak dan manfaat di luar jangkaan kepada pengguna. Jom kita explore sedikit demi sedikit ya pada next posting!
Clear? CikSma harap penjelasan ini tidak membuatkan semua pembaca bertambah keliru pulak yaa... huhu.. :)
Minyak Wangi (fragrance oils)
Minyak Aroma adalah sintetik. Ia adalah campuran satu atau lebih volatilisasi sebatian bahan kimia bersama beberapa bahan semulajadi apabila dicampurkan menghasilkan bau yang mewangikan. Walaupun mereka dapat menghasilkan satu jenis bauan yang amat wangi dan disukai pengguna, minyak ini biasanya mengandungi sedikit atau tiada komponen semulajadi. Oleh itu, minyak wangi tidak mempunyai manfaat yang dapat diberikan oleh minyak esensial dari sudut kesihatan. ITU ADALAH PERBEZAAN YANG PALING BESAR!

Minyak wangi tidak dapat memberikan manfaat yang sama dengan minyak pati, kerana minyak ini direka untuk meniru aroma sahaja. Minyak wangi banyak digunakan dalam pelbagai industri komersial produk kecantikkan penjagaan diri seperti pewangi moden, kosmetik termasuklah produk syampu, sabun serta pencuci. Tidak mengejutkan, minyak wangi jauh lebih murah kerana kos bahan yang jauh lebih rendah kerana kebanyakkan menggunakan bahan sintetik yang tidak memerlukan prosedur pengekstrakan yang mahal sepertimana proses pengekstrakan yang diperlukan sepertimana minyak esensial.
Ini kerana pemprosesan pengekstrakkan minyak pati bagi doTERRA bergantung sepenuhnya pada jenis spesis pokok minyak pati tertentu, bahagian pokok yang diproses amat menekankan ekosistem habitatnya, keadaan tanah dan cuaca sebagainya. Demikian, doTERRA amat menjaga kualiti minyak pati yang dihasilkan oleh pengeluar tempatan dan perlu menjalani beberapa proses analisis makmal yang ketat.

*** Kesimpulannya, hari ini minyak pati telah menjadi trend moden melalui penjagaan diri yang lebih terarah kepada pendekatan yang lebih holistik dan perkembangan validasi saintifik sebagai amalan kesihatan alternatif. Walaupun kedua-dua minyak ini mampu memberikan wangian yang menyenangkan deria, namun minyak esensial lebih ketara memberikan tahap kepuasan yang lebih dalam dan membantu kesihatan keseluruhannya. Sebaliknya, minyak wangi hanya memberikan keseronokan jangka pendek yang akan membahayakan kesihatan.
# Jika kawan-kawan menyukai aroma semula jadi, dan mencari produk yang dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan hidup kita, minyak pati esensial adalah pilihan yang tepat jelas sekali.
No comments:
Post a Comment