Wednesday, October 21, 2020

Jangan berniaga dengan keluarga & kawan-kawan!

Kenapa keluarga dan kawan-kawan bukan bakal pelanggan terbaik?

Ini adalah pandangan peribadi CikSma. Tidak menyalahkan sesiapa kerana menyokong ataupun tidak itu adalah pilihan dan hak mereka. Bagi yang berniaga, itu adalah asam garam apabila kita mula terjun ke dunia perniaagaan, anggap ia sebagai cabaran untuk berjaya.

Bagi yang baru mula berniaga, rata-rata pasti kita menjadikan ahli keluarga, saudara-mara dan kawan-kawan kenalan sebagai prospek bisnes kita. Ini kerana kita merasakan mereka adalah seseorang yang dekat dengan kita, sudah pasti mereka akan membeli dengan kita sebagai tanda sokongan. JANGAN! kerana majoritinya berakhir dengan kekecewaan dan cepat 'give up' apabila di reject! Ahli keluarga dan kawan-kawan akan menjauh, yang sudi menjadi pelanggan kita pun hanya beberapa kerat jer.

Kesilapan CikSma semasa fasa ni sangat memberikan kesan negatif kepada diri sendiri. Yelar, kita dah usaha, plan macam2 dan letak harapan menggunung kan? Sekali kena reject weyhh... ada juga kawan-kawan terus takut nak jumpa kita bila wasap ajak untuk mengopi padahal bukan nak cakap pasal bisnes pun. Saudara-mara?? ermmm...terus blue tick takut sangat kita nak menjual pada mereka. Takut nak keluar duit untuk berbisnes dengan kita. Murung jugak la masa tu untuk beberapa bulan.. hahahaa...

Dek semangat nak berjaya tu kuat, ubah mindset, cari ilmu, anggap penolakkan itu sebagai 'learning process', be positive... itu semua adalah sebahagian daripada proses pembelajaran untuk kuatkan akar pokok kita. Apabila akar pokok kuat dan sihat, apa2 cabaran angin badai melanda pun kita akan tetap kuat! Itulah perumpamaannya..

Nak berbisnes, seelok-eloknya promote lah kepada 'stranger' kerana mereka tidak mengenali kita dan tidak perlukan pandangan peribadi untuk judge kita asalkan produk kita dapat membantu menyelesaikan masalah mereka. kena reject pun tak da la kita terkesan sentap sangat berbekas di hati dengan orang luar ni. Betul tak? hihii.. 

CikSma tidak katakan semua ahli keluarga dan kawan-kawan kita tidak menyokong kita berniaga, ada jer yang sangat baik hati support dan tolong kita. Tanda menyokong itu mungkin dengan membeli atau sekadar like posting kita di media sosial pun sudah cukup.

Bagaimanapun tetaplah menjaga hubungan silaturahim tersebut, masih tetap kena hormat dan layan mereka dengan baik. Jauhkan sikap dendam kerana aura tersebut akan mengganggu kelancaran rezeki kita untuk masuk! Lama-kelamaan nanti apabila kita dah senang dan berjaya, mereka barulah akan mencari dan kenal dengan kita. Silap-silap membeli dengan kita!


No comments:

Post a Comment

ANAKKU GDD

 Global Development Delayed  Sungguh aku hilang kesabaran dengan si abang. Dia tidak faham apa yang aku cakapkan, langsung tiada fokus dan m...