Lepas kite beri harga, prospek atau bakal customer terus diam krikk krikk... Aduhh!!
"Tak pe la sis, mahal sangat. Tak mampu."
"Maaf, tak jadi nak enrol, saya dah enrol dengan orang lain."
"Produk sis mahal, saya dah beli produk lain yang lebih murah."
Bukanlah nak memuji bangsa lain yang tidak berkira membeli produk berasaskan kesihatan, sedangkan bangsa sendiri sangat berkira bab ini. CikSma sedih kerana mereka sanggup berhabis berulangkali melakukan pembelian siap regular customer lagi untuk minyak esensial yang dijaja di Pasaraya dan online. Bukan nak memburukkan perniagaan orang lain tetapi cubalah buat kira-kira semula adakah produk yang dibeli dengan harga murah berkualiti rendah itu selamat untuk penggunaan pada kulit serta sistem pernafasan kita yang bau ni?
Bila ada alergik akibat kesan efek produk pada kesihatan atau produk tidak memberikan apa-apa kesan yang membaikpulihan masalah kesihatan sedia ada, lepas tu marahkan orang yang menjual sedangkan salah diri sendiri kerana beli sebarangan tanpa ilmu.
Kebanyakkan minyak esensial yang dijual di pasaraya, pasar malam mahupun online kualitinya sangat rendah dan diluted, sebab tu mereka boleh jual dengan harga yang jauh lebih murah. Bukan 100% pure! Ya, semua orang claim produk mereka 100% semulajadi tiada bahan campuran asing..mahupun home made. Sebagai pengguna yang bijak, selidiklah serba-sedikit produk yang hendak dibeli, janganlah sewenang-wenangnya diperbodohkan dek gaya pemasaran murahan sedemikian, kena tahu hak anda sebagai pengguna untuk mendapatkan produk yang berkualiti! Apakah isi kandungannya? Bagaimana ia diproses? Adakah selamat digunakan ke atas kulit kita? Semua tu kena ambil tahu..
Ada satu kes ni, kata minyak dia PURE tapi tak boleh digunakan ke atas kulit. WHY? Boleh menyebabkan alergik katanyer.. Alamak! tadi bukan kata home made ke? Guna tumbuh-tumbuhan kan? Habis apa yang bahayanya? Tak rasa pelik ke dengan peniaga yang macam tu? Kalau mereka telus akan produk mereka PURE, sudah pasti mereka boleh tunjukkan bukti penghasilan produk dan laporan klinikal makmal bagi meyakinkan pengguna. Produk yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan sepatutnya adalah selamat digunakan dan berkesan membantu meredakan masalah yang kita hadapi seperti sakit perut, pening kepala sebagainya.
Dengar sikit mahal, mula la mengelak... Tengok bangsa lain.. Biar mahal, mereka tahu produk itu berkesan dan berbaloi untuk pelaburan untuk kesihatan yang tidak dapat dijual beli.
Mahalnya Minyak Esensial disebabkan banyak faktor termasuklah cara pemprosesannya. Minyak Esensial doTERRA diiktiraf pensijilan Certified Pure Therapeutic Grade.
Pilihan di tangan anda! Jangan kata CikSma tak payung ya..
#goforabetteroption
No comments:
Post a Comment