Kebelakangan ini selepas topik hangat akhbar Nealofa berniqab, aku mulai suka tengok dia. Maaf, aku bukanlah peminat dia tapi cara dia berhijrah sedikit demi sedikit ke arah kebaikan, sedangkan kejayaan mengejar dia tanpa henti. Kini ketika nama di puncak, dia berhijrah sepenuhnya. Ya, dahulu dia lain, kini dia lain.. Aku lihat diriku. Aku juga tidak baik.. Umur aku bukan muda lagi, apa lagi yang aku nak cari? Sungguh dia menjadi inspirasi aku.
Semenjak menyertai Usrah perniagaan dari Encik Khairul yang banyak menekankan isu keagamaan dan sirah Rasulullah. Aku tertarik dengan ucapannya, apabila kita menjaga 'hak' Allah, Allah akan memberi kita lebih lagi. Ketika ini perniagaan yang aku jalankan selama 2 tahun masih tidak mendatangkan hasil. Aku kecewa dan hampir give up! Tapi aku tahu mesti ada sesuatu yang tidak kena pada diriku, masakan susah sangat rezeki ni nak masuk.
Sedar tak sedar melalui kelas EK, aku banyak diberi kesedaran. Kemudian memandangkan perniagaan pertama tidak berjalan dengan baik sedangkan aku memerlukan punca pendapatan. Aku menyertai perniagaan lain sebagai agent. Bisnes tersebut berjalan dengan baik dan alhamdulilah Founder tidak lokek ilmu dan aku banyak mempraktikkan ilmu dari kelas EK juga. Seperti magik! Ada je rezeki datang tak putus dan aku berbangga sudah ada database customer sendiri dan sudah beberapa kali restock barang.
Berbalik kepada kisah Nealofa berniqab, oh ya, dia juga merupakan salah seorang anak didik EK dalam bisnes. Aku mengikuti perkongsian mereka. Ya Allah.. 'Apabila engkau mendahulukan hakNya, Allah akan memberikan kamu rezeki yang berlipat kali ganda!' Tatkala engkau meninggalkan dunia, dunia yang akan mengejarmu!
Kehidupan ini hanya seketika. Tidak puaskah aku meniti hidup ini dengan menayangkan tubuh dan rupaku pada yang tidak berhak? Istiqamah bukan mudah kan? Inshaa Allah aku akan mulai dengan berstoking tangan dan kaki, melonggarkan pakaian dan tiada lagi seluar jeans ketat. Mungkin semua ini adalah panggilan Allah agar aku kembali bertaubat padaNya. Aku takut nanti di akhirat aku tak dapat syafaat daripada Rasullullah. Aku nak tengok Rasullullah.. Aku nak berjiran dengannya di syurga. Inshaa Allah.. Kejayaan yang besar bermula daripada langkah yang pertama!
No comments:
Post a Comment