Wednesday, December 2, 2020

Persiapan membawa anak bercuti ke luar negara

Topik ini agak sensitif tapi subjektif !

Sensitif kerana ia perlu diambilkira bab kewangan, perubatan, keselesaan, kos, keselamatan, tahap kesihatan, pelan perjalanan yang menyeluruh. Andai tertinggal sesuatu dalam check list tu pasti mengundang ketidakselesaan sepanjang percutian.

CikSma mempunyai pandangan tersendiri untuk topik ini. Tapi CikSma tidaklah mengecam untuk mana-mana ibu bapa yang mahu membawa anak kesayangan mereka pergi melancong ke luar negara. Ini kerana CikSma faham lebih-lebih bagi mereka yang tiada ibu bapa atau disebabkan keuzuran mereka, tidak dapat diharapkan  untuk menjagakan anak-anak mereka sepanjang pergi melancong. Ada juga sesetengah mereka yang tidak mahu membebankan ahli keluarga lain untuk menjaga anak-anak mereka atau mereka sendiri tidak sanggup berpisah walau seketika. CikSma hormati dan tabik pada mereka. So nak tak nak mereka bawa sekali anak-anak pergi melancong!

Perjalanan pertama CikSma bercuti ke negara jiran, Thailand rupanya telah mendapat kecaman daripada beberapa rakan.. hahaa… Kami suami isteri memang sangat susah berpisah dengan anak-anak sekalipun hanya tinggal beberapa hari di kampung atas permintaan emak. Kami berdua mempunyai pegangan yang sama iaitu tidak suka menyusahkan emak di kampung untuk menjaga dan melayan keletah nakal anak-anak yang sedang lasak membesar. Paling lama tinggal pun salah seorang sahaja selama sebulan kerana sakit chicken pox dan emak yang berkeras sebab tak mahu kami susah payah mohon cuti kerja.

Kalau nak diikutkan dah bertahun kami tidak cuti berdua.. Pada awalnya memang serba salah tapi memikirkan banyak aspek  yang perlu diambilkira seperti keadaan kestabilan dan keselamatan negara tersebut, keselesaan anak-anak dan kewangan, maka kami membuat keputusan untuk bercuti berdua sahaja. Orang yang paling gembira tentulah my mum... huhuu

So, ini adalah alasan CikSma tidak mahu membawa anak bercuti ke Oversea:

1. Kestabilan politik
Negara yang mempunyai pergolakkan politik dan ancaman pengganas seperti serangan bom dan penculikan memberi risiko kepada keselamatan nyawa kita. Beberapa berita berikutan pengeboman di selatan Thailand contohnya membuatkan kami lebih berhati-hati selepas itu.

2. Wabak penyakit
Tolong elakkan!! Lebih-lebih lagi jika membawa anak kecil yang mana antibodi mereka sangat lemah. Silap-silap anak jatuh sakit kita pulak terpaksa tanggung kos perubatan yang tinggi di negara orang.

3. Bajet kewangan
Tidak semua keluarga yang tidak mahu membawa seisi keluarganya bercuti ke luar negara tapi dek kekangan kewangan dan kos yang tinggi mereka terpaksa melupakan hasrat itu seketika.

4. Masa untuk berduaan
Bila kali terakhir kita bertentang mata dengan suami? bercakap dari hati ke hati.. Rutin harian kita terlalu padat dengan urusan duniawi sehingga kita lupa bagaimana mahu menghargai pasangan kita. Masa inilah kita rasa cinta kita kembali hangat dan disuburkan!

5. Keselesaan anak-anak
Anak masih kecil dan aktif mungkin tidak sesuai dibawa untuk penerbangan jauh yang memakan masa berjam-jam kerana mereka akan cepat bosan dan buat perangai. Sudahnya dek jenuh layan kerenak anak2, keterujaan travel langsung tidak dapat dinikmati, baliknya penat yang mendapat! Tak mahu la kan..

As CikSma cakap topik ini sensitif dan subjektif. Kita tetap kena hormati pendirian orang lain. #berespectful

No comments:

Post a Comment

ANAKKU GDD

 Global Development Delayed  Sungguh aku hilang kesabaran dengan si abang. Dia tidak faham apa yang aku cakapkan, langsung tiada fokus dan m...