Monday, August 5, 2019

Cara guna Minyak Pati Esen doTERRA


Bagaimana menggunakan Minyak Pati?

Minyak pati mudah digunakan! Jangan sukarkan benda yang mudah.. Keep it simple! bak kata omputeh! Setiap minyak boleh digunakan di dalam satu atau lebih daripada 3 kaedah seperti berikut:

Aromatik


1. Hiduan - Menghidu aroma minyak melalui hidung atau mulut secara langsung merangsang deria tubuh kita untuk bertindakbalas terhadap emosi. Cuba try hidu Peppermint sedemikian, aroma mint nya yang masuk ke dalam rongga pasti membuatkan kita rasa segar! 
 
2. Diffuser - Aroma minyak dapat disebarkan dan menjadi sangat merangsangkan, menenang dan melegakan. Ia boleh membersihan udara daripada bau yang tidak menyenangkan, mematikan bakteria kuman serta memperkayakan kediaman dengan manfaat dari wangian minyak. Selain itu seisi keluarga juga mendapat manfaatnya bersama-sama.

3. Stem air - menitiskan beberapa titik minyak esensial ke dalam air panas dan bernafas dari wap yang dilepaskan. Kaedah ini banyak dilakukan oleh mereka yang mempunyai masalah pernafasan seperti sinus, selsema, hidung berair dan sebagainya bagi melegakan simptom dengan lebih cepat. 


Topikal

1. Kulit - Minyak pati mudah diserap oleh kulit dan selamat disapukan ke atas kulit. Hati-hati dengan penggunaan minyak yang bersifat panas seperti Oregano boleh mengakibatkan kesan terbakar pada kulit sebaik-baiknya dicampur bersama-sama dengan minyak pelarut  terlebih dahulu. Tahu tak sapuan pada tapak kaki adalah yang terbaik? kerana tapak kaki adalah saraf refleksologi, lapisan kulitnya lebih tebal dan mempunyai liang pori yang lebih besar.  

2. Produk komersial - Dengan pelbagai ereksi daripada minyak, pengguna boleh menyesuaikan minyak mengikut keperluan anda dan keluarga. Minyak pati topikal boleh dicampurkan dengan losyen, minyak atau krim sesuai dengan tahap keperluan sensitiviti kulit anda. Titikkan Geranium ke dalam serum facial, kulit akan rasa lebih bersih dan sihat.

3. Urutan - Dijadikan minyak urutan SPA atau sapuan pada bahagian tubuh yang bermasalah dapat membantu memberikan kelegaan dengan lebih baik. Sakit perut, kembung perut atau ketidakselesaan pada bahagian bawah abdomen, kita boleh melakukan sapuan pada bahagian yang bermasalah. Seelok-eloknya dicampurkan bersama dengan minyak pelarut kelapa supaya sapuan tersebut lebih kekal lama pada kulit dan mengelakkan alahan kulit sensitif.

Ingest

1. Air masak - Minyak pati juga boleh digunakan dalam minuman. Minyak pati Lemon dan Lime contohnya boleh diminum bersama dengan air masak. Mungkin ada yang sukar untuk minum sedemikian, tidak menjadi larangan pun jika dititiskan ke dalam minum lain seperti jus buah-buahan atau susu. Manfaat yang diperolehi tetap sama.

2. Perisa masakan - Pelbagai minyak pati herba seperti Serai, Pudina, Halia dan Oregano boleh ditambahkan sebagai perasa di dalam masakan contohnya sup sayur, masakan barat Spagetti serta pembuatan cookies Peppermint dan kek Wild Orange! Menarik kan? Jimat duit nak beli Serai yang tidak boleh simpan lama dan cepat rosak kan.. 

3. Veggie Capsule - Pastikan kapsul yang digunakan adalah veggie base. Titiskan 1-2 titik minyak pati ke dalam kapsul dan telan seperti biasa macam makan ubat. Ini adalah cara yang paling mudah dan cepat tanpa kita perlu nak rasa aroma minyak tu singgah di tekak. Tak semua orang suka dengan bau dan rasa pedas minyak-minyak tersebut. 

*** Minyak pati selamat digunakan dengan sukatan yang betul bg mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini. Pastikan kawan2 hanya menggunakan minyak tulen CPTG dan patuhi semua label amaran dan arahan.


TIPS : Sekiranya terdapat iritasi kepada penggunaan topikal, sapukan minyak kelapa (Fractionated Coconut oil doTERRA) di kawasan yang terjejas. ELAKKAN MENGGUNAKAN AIR KERANA AIR TIDAK AKAN MENCAIRKAN MINYAK PATI. Untuk wanita hamil dan pesakit di bawah penjagaan doktor, sila dapatkan rujukan dan khidmat nasihat daripada mereka.

Manfaat yang diperolehi daripada minyak pati pasti mengujakan dan memberikan harapan dalam bersama-sama digunakan dalam memelihara kesihatan  diri serta keluarga. Nikmati faedah dalam menggunakan minyak pati secara meluas untuk aplikasi kesihatan emosi dan fizikal. Ia boleh digunakan secara tunggal (single oil) atau campuran (blend oil) bergantung kepada pengalaman pengguna dan manfaat yang diinginkan. Anda perlu pastikan yang anda memilih pati yang tulen dan berkesan!

No comments:

Post a Comment

ANAKKU GDD

 Global Development Delayed  Sungguh aku hilang kesabaran dengan si abang. Dia tidak faham apa yang aku cakapkan, langsung tiada fokus dan m...