Tuesday, March 3, 2020

Isteri membantu atau menyara suami?

ISTERI MAKAN DUIT SUAMI @ SUAMI MAKAN DUIT ISTERI?

CikSma agak tertarik dengan satu perkongsian dia laman media sosial di mana ia menyentuh bab wanita yang ditanggung oleh si suami atau dalam kata mudahnya seorang wanita yang terlalu suka bergantung hidup pada si suami.

Definisi kenyataan 'wanita' di atas adalah merujuk kepada wanita yang bekerjaya dan suri rumah seangkatannya. Apa yang cuba disampaikan dalam topik tersebut adalah isu wanita 'jangan terlalu mengharap duit suami', kerana kita tidak pasti sampai bilakah si suami mampu menafkahi kita. Bayangkan si suami meninggal atau kita ditinggalkan...apa yang agak-agaknya akan berlaku dan apakah tindakan kita?

"Dik.. duit suami wajar dan afdal dihabiskan oleh si isteri berbanding si isteri pulak yang menyara hidup suami. Lebih murah dia sara keperluan kita daripada suami menyara wanita lain pulak! Mana nak? Pilih!"

Faham?? huhuu… tu ayat kasar sentap laa.. tapi cikSma percaya wanita zaman kini ramai yang bijak dan kalau tak bijak pun kena jadi bijak untuk merancang kewangan keluarga. Duit yang diberi oleh suami janganlah dihabiskan sepenuhnya untuk kegunaan peribadi atau keperluan dapur, simpanlah sikit untuk tujuan kecemasan diri sendiri!

Dengan pelbagai isu bab duit dan duit hari ini..penganiayaan demi penganiayaan kepada isteri dan anak-anak, takut kan? CikSma tabik kepada wanita di luar sana yang sanggup melepaskan gaji 5-6 angka semata-mata menjadi suri rumah dan mahu memberikan tumpuan kepada keluarga. Hakikat sebenar seorang isteri bekerja adalah membantu kewangan suami untuk menyokong ekonomi rumahtangga, bukanlah kita yang 'menyara' keluarga. Ramai yang salah faham bab ini! Jangan memanjakan suami dalam bab NAFKAH keluarga supaya masing-masing faham tanggungjawab seorang isteri dan suami. Lazimnya apabila berlaku kecurangan dan penceraian, isteri akan mengungkit itu dan ini..betul tak? Kita dah berkorban segalanya untuk keluarga tetapi kenapa tidak dihargai malah disakiti. Itu ayat kita kan wahai wanita sekalian..haha.. Tapi andainya kedua-dua belah pihak menjalankan peranan mereka dengan baik dari awal, perkara yang menguji rumahtangga sebegini takkan berlaku. Jika berlaku bab mengungkit sekalipun, kita tidaklah rasa kecewa ya amat.

Harus CikSma ingatkan di sini kepada wanita di luar sana agar 'secure' kan masa depan kita. Bab insurans, simpanan dan harta suami dititikberatkan akan perihal waris, wasiat mahupun hibahnya telah dilakukan semasa hayat supaya tidak menyesal di kemudian hari. Islam sendiri mengingatkan bab wasiat di dalam Al-Quran. Sebagai isteri, anda kenal siapa suami anda dan bagaimana nak mainkan emosi mereka bab ini, mainkan peranan anda dan berbincanglah dari hati ke hati dengan encik suamimu kerana kita ada anak-anak suami untuk disara perut dan hak mereka.

Moga bermanfaat ya semua.. :)

No comments:

Post a Comment

ANAKKU GDD

 Global Development Delayed  Sungguh aku hilang kesabaran dengan si abang. Dia tidak faham apa yang aku cakapkan, langsung tiada fokus dan m...