Tuesday, March 3, 2020

Minyak Kemaafan

Terlalu kecewa dengan layanan kawan baik? Bagaimana nak hadapinya?

CikSma pernah melalui satu titik duka di dalam hidup, cikSma gambarkan ia sebagai tahun gelap (dark year) yang kalau boleh nak buang jauh-jauh dalam hidup ni. Tak nak ingat langsung sebab sakitnya terasa sehingga ke hari ini! CikSma rasa kecewa atas pengkhianatan dan penganiayaan yang dilakukan oleh orang sekeliling kita yang kadang-kala kita sendiri kurang pasti apakah faktor utama kita disakiti. 

CikSma pernah cuba bertanya untuk mendapatkan alasan disakiti itu tapi malangnya tiada jawapan... Percayalah, sebenarnya mereka sendiri tidak tahu kenapa mereka berbuat demikian kepada kita, samada atas alasan rupa paras, pangkat, kuasa atau kekayaan sebagainya. Apabila seorang manusia mempunyai rasa iri hati terhadap seseorang, hakikatnya bukanlah disebabkan perkara di atas, sebaliknya adalah kerana 'siapa diri kita'. Mungkin pembawakan diri kita dan penampilan kita yang menonjolkan identiti diri kita membuatkan mereka rasa tergugat. Itu jer..

Para pembaca, saat kekecewaan itu berlaku, janganlah ulangi kesilapan yang sama CikSma pernah lakukan tau.. Hentikan menghitung nasib, mengadu domba menjaja cerita ke sana ke sini meminta simpati orang sekeliling betapa sengsaranya kita dilayan macam tu, cukuplah bersedih! La Tahzan.. Kerana apa  yang kita sedang lakukan hanya menampakkan kebodohan diri sendiri yang mencari perhatian orang lain yang langsung tidak kisah dengan kekecewaan kita. Orang tak suka kita, tak nak kawan dengan kita, biarkan... abaikan.. kita cari orang nak ikhlas nak berkawan dengan kita! Allah lahirkan kita di dunia ini untuk saling mengenali satu sama lain. Percayalah, ada hikmah Allah memisahkan kalian kerana dia bukan yang terbaik dan ikhlas untuk kamu! 

Alhamdulillah..syukur ke hadart Illahi, Allah temukan CikSma dengan insan baru yang terlalu baik dan banyak memberi inspirasi kepada hala tuju masa depan CikSma. Cahaya ada di hujung jalan. Allah hanya mahukan yang terbaik untuk kita!

3 TIPS NAK LEPASKAN PERASAAN SAKIT HATI:

1. Senaraikan atau luahkan kekecewaan kita pada sehelai kertas, setelah puas semuanya telah terluah dan emosi kita lebih tenang, renyuk atau koyak setiap cebisan itu.. kemudian bakar menjadi abu. 

2. Menyanyi di dalam kereta atau di pusat karaoke, menjerit sepuas hati supaya perasaan itu dapat dilepaskan.

3. Lakukan solat Tahajut minta kekuatanNya dan maafkan orang tersebut walaupun hati kita tidak ikhlas. Perkara yang dilakukan setiap hari yakinilah ianya akan melembutkan hati kita suatu hari nanti. Memaafkan itu menyucikan hati kita daripada titik gelapnya hati.

Salurkan kekecewaan itu kepada perkara positif! Contohnya, fokus pada kerjaya, perniagaan atau pelajaran, sibukkan diri dengan menjaga dan mencantikkan diri sendiri. Itu paling penting!! haha...

Your success is the best REVENGE! 

FORGIVE adalah minyak Pati Esen yang CikSma guna dengan kerap tatkala perasaan sedih dan kecewa itu timbul..bauan yang menenangkan..self love..self-acceptance!






No comments:

Post a Comment

ANAKKU GDD

 Global Development Delayed  Sungguh aku hilang kesabaran dengan si abang. Dia tidak faham apa yang aku cakapkan, langsung tiada fokus dan m...