Friday, March 6, 2020

3 minyak Universal pati esensial

Tiada pengetahuan kepada Minyak Pati Esen tetapi berminat dengan kebaikkan minyak yang diuar-uarkan ? 

3 tahun lepas, CikSma memang tiada pengetahuan dengan apa yang dimaksudkan dengan minyak pati esen ni. Walaupun ada sedikit idea, ianya hanya sekadar mengikut logika akal! Bila orang sebut Pati, maka secara lojik akalnya menganggap ia adalah sumber utama sesuatu minyak daripada sesuatu tumbuhan. Tapi sebagai seorang yang mempunyai tahap pengetahuan rendah terhadap minyak pati ketika itu, CikSma memang banyak ragu-ragu ketika itu dan banyak mempersolkan ketulenannya. Adakah ia benar-benar tulen bermaksud tiada bendasing selain dari pati tumbuhan itu semata-mata? Dan sekiranya ia tulen adakah selamat digunakan ke atas tubuh kita tanpa meninggalkan sebarang alahan? Dan adakah ia benar-benar mujarab untuk menyelesaikan masalah gejalan kesihatan sepertimana yang diwar-warkan? Banyak kan permainan dalam fikiran CikSma..hihii..



TULEN, SELAMAT DAN BERKESAN!

3 perkataan di atas telah menggambarkan kualiti minyak pati yang sebenar. Ia harus tulen tanpa campuran alkohol, bahan sintetik atau minyak pelarut yang berlebihan. Selamat digunakan ke atas kulit. Cepat menyerap di atas kulit tanpa meninggalkan kesan melekit dan alahan. Tahap keberkesanan minyak pati esen adalah 50-70 kali lebih kuat daripada herba. Sifat semulajadi sesuatu tumbuh-tumbuhan itu sendiri yang mana antiviral, antifungal, antiseptik itu sendiri membantu keberkesanannya bagi melegakan alergi, melegakan kesakitan, menenangkan emosi dan mempercepatkan proses pembaikkan luka, merangsang mood positif dan sebagainya.

Set TRIO adalah 'salam' pengenalan daripada dunia minyak pati doTERRA!

Set Pengenalan ini mempunyai 3 botol 5ml minyak pati yang terdiri daripada minyak pati Lemon, Pudina dan Lavender. Percayalah! Set ini pasti mempu membuatkan anda membuka sedikit mata dan hati akan gaya hidup sebenar bersama minyak pati.

Aroma Lemon adalah agen pembersih dan mood booster!

Ia berupaya untuk membangkitkan mood dan menyokong emosi positif. Diffusekan setiap pagi sebelum memulakan pekerjaan, anda akan sedari yang anda tidak akan mudah terpengaruh dengan aura negatif orang sekeliling anda. Juga amalkan inhale aroma sitrus ini setiap 1 jam supaya tenaga anda sentiasa berada pada tahap optima. Lemon juga digunakan dalam banyak DIY produk dan menjadi agen pembersihan seperti bahan pencuci lantai dan pinggan mangkuk. Titikkan ke dalam mesin basuh pakaian anda sebagai perfume dan mengelakkan bau hapak pakaian.

Aroma Pudina yang menyegarkan! 

Sesiapa yang mudah mengantuk atau kekurangan tenaga, inhale aroma ini bagi meningkatkan daya fokus anda. CikSma selalu stand-by jer minyak ni sepanjang masa lebih-lebih lagi bila kena drive jauh atau jadi first-aid kecemasan kita apabila tiba-tiba diserang sakit perut ke kan.. Selain itu, amalkan juga sapuan pada temple kepala apabila diserang sakit kepala, migrain dan batang hidung sekiranya mempunyai masalah hidung tersumbat akibat selsema. Inshaa Allah ia akan melegakan dengan cepat dengan kebaikkan aroma mint dingin itu.

Aroma Lavender adalah aroma yang menenangkan. 

Aromanya yang tenang itu dapat melegakan tekanan yang sedang dihadapi. Sekiranya pekerjaan anda mempunyai risiko stress yang tinggi, Lavender patut berada di dalam beg anda. Awas! ketenangan yang dirembiskan oleh Lavender juga boleh membuatkan anda mudah terlena. Sebab itu, lavender banyak digunakan sebagai fungsi membantu melegakan masalah sukar tidur, insomnia dan gangguan tidur malam. Untuk pengetahuan, minyak Lavender juga mempunyai manfaat terhadap kulit dan rambut. Sekiranya anda mempunyai masalah kulit muka kering mengelupas, sensitif, kesan melecur dan sunburn matahari, sapukan beberapa titik pada bahagian yang bermasalah, lavender akan membantu membaikpulihnya. Begitu juga beberapa titik minyak ini mampu memberikan kelembapan pada masalah rambut kering.

Go for a better option!

Whatsapp : www.wasap.my/60136751079
Instagram : www.instagram.com/asma.haryati    
FB Page : Asma Haryati Wellness 


No comments:

Post a Comment

ANAKKU GDD

 Global Development Delayed  Sungguh aku hilang kesabaran dengan si abang. Dia tidak faham apa yang aku cakapkan, langsung tiada fokus dan m...