9 Ogos 2021 Bidadari Syurga Shuib, Siti Sarah Raissudin meninggal dunia selepas dimasukkan ke wad pada 4 Ogos disebabkan paras oksigen yang rendah berpunca daripada jangkitan Covid19. Pada jumaat 6 Ogos bayi pramatangnya yang berusia 7 bulan berjaya dikeluarkan secara pembedahan tanpa sedar. Beliau memberi reaksi positif apabila paras oksigen naik semula namun kemudiannya jatuh semula. Subuh 5.13am Allahyarhamah pergi buat selama-lamanya. CikSma jadi takut untuk buka fon tengok update Shuib pagi tu tapi itulah yang terjadi..
Ramai yang tersentuh dengan pemergian arwah. CikSma percaya semuanya mesti ada asbab kebaikkan yang dilakukan. Apakah yang membuatkan arwah begitu istimewa sehingga Allah menjemputnya dalam keadaan syahid? Meninggal disebabkan wabak dan melahirkan anak. Ramai ustaz dan pemimpin yang mendoakan arwah. Allahuakbar.. Kami sebaya..CikSma rasa sudah sampai masanya untuk istiqamah beribadat kerana kematian itu sangat dekat.. Sedihnya.
Pendapat CikSma secara peribadi.. Selain amal sedekah dan budi pekerti arwah yang baik, Allah angkat darjat dia kerana ketaatannya kepada suami. Kawan-kawan..para isteri nak masuk syurga itu mudah jer, Allah kata 4 perkara jer.. salah satunya mentaati suami. Sukar kan? Sesungguhnya syurga itu mahal.
Ingat lagi dulu masa dorang berdua war-warkan untuk bernikah, CikSma pun terkejut. Masa tu Siti Sarah baru lepas putus tunang, Shuib pula bukanlah sesiapa..pendatang baru yang membina kerjaya sebagai Pelawak dalam industri seni. Malahan Shuib tiada rupa, tiada harta.. Biar betul dorang ni.. Tapi CikSma kagum sebab uniknya mereka menerima pasangan hidup mereka seadanya. CikSma suka baca statement Siti Sarah, dia nampak keikhlasan Shuib dapat menjaga dan membahagiakan dia. Shuib pula adalah contoh lelaki yang tidak memandang rupa tetapi budi pekerti Sarah. Shuib bekerja keras membina kerjaya manakala Sarah slowly menyepi dari dunia seni bagi menumpukan perhatian kepada keluarga kecil mereka.
TUP..TUPP... Shuib membina perniagaan berasaskan madu dan BubbleBee. Mereka menjadi ikon dalam perniagaan. Sepanjang tempoh itu aku tengok Siti Sarah yang menjadi tulang belakang Shuib. Sentiasa ada untuk suami. Sentiasa membesarkan hati suami. Sentiasa membuatkan suami bahagia, menyokong kerjaya suami. Mereka adalah contoh terbaik, di sebalik kejayaan si suami ada wanita yang sentiasa menjadi pendokongnya. Teladan wanita yang menerima suami seadanya daripada tiada apa-apa kepada ada segalanya. Shuib pula amat menghargai isterinya, tiada kekuatan untuk memarahi isteri walau apa perkara annoyed yang arwah lakukan, mencantikkan Sarah dan mendorong dia ke arah penghijrahan yang hakiki. Sayangnya, Shuib juga adalah contoh suami diuji di saat dia ada segala-galanya.
Damailah Allahyarham Siti Sarah Raissudin di taman syurga Allah. Anda adalah inspirasi kepada wanita dan para isteri hari ini untuk berubah kepada yang lebih baik dan menjadi wanita bidadari syurga. Kematian yang dicemburui. Aamiin.. Alfatihah (dibaca)