Global Development Delayed
Sungguh aku hilang kesabaran dengan si abang. Dia tidak faham apa yang aku cakapkan, langsung tiada fokus dan minat untuk berkomunikasi dengan kita. Sesi pengajaran di rumah sekuat hati aku cuba untuk meletakkan kesabaran di tahap tertinggi namun akan berakhir dengan pekikak tarzan! Demi Allah, malamnya aku akan mengalirkan air mata di atas sejadah. Dia tidak bersalah.. ini ujian Allah kepada kami atau adakah aku yang tidak bersungguh dalam mendidiknya.
Bila emosi dia tenang, dia akan bertanya 'kenapa ibu suka marah-marah pada dia?' Hati ibu mana tidak terhiris dan remuk mendengar luahan hati seorang anak begitu. Aku memang mengelak untuk menjawab. Suami selalu berpesan agar jangan meletakkan harapan menggunung kepada dia, cukuplah dia pandai agama dan berakhlak. Jauh dari dasar hati aku risaukan dia ketinggalan di dalam bidang akademik. Apa yang dia selalu cakap berulang kali, 'orang lain dah pandai da, abang tak tahu lagi.. banyak lagi abang tak tahu nak buat.' Ya Allah, di mana salah silap aku dalam mengajarnya? Bagaimanakah cara pengajaran yang paling sesuai untuk dia cekap faham..
Mika berhenti dari terapi selepas 2 tahun bermula di usia dia 5 tahun yang ketaranya telah terlewat. Semuanya kerana aku in denied! Aku masih meletakkan harapan yang anak aku normal sedangkan hakikatnya aku sedar dia masih tidak boleh bertutur sepertimana kanak-kanak sebayanya.
Apabila diberikan arahan, dia blur. Seorang yang mementingkan kesempurnaan dan kekemasan terutama sekali sewaktu makan mulut tak boleh comot. Bila ditanya, akan ulangi perkataan itu berulangkali. Bila kita menerangkan sesuatu, dia akan mudah distracted jika terpegang sesuatu di tangan. Apabila terlalu syokk dengan sesuatu, dia mudah tantrum. Dia juga sangat sensitif kerana di sekolah tiada sesiapa yang mahu berkawan dengannya, masuk je ke dalam kereta dia akan mengadu sambil menangis. Aku faham, bukan tiada kawan tapi kawan yang tidak faham butir pertuturan dia. Jenuh aku memujuk.. Walau bagaimanapun, aku bersyukur di setiap ujian itu ada kelebihan pada anak ini. Dia memiliki memori yang kuat untuk menghafal, pasti Allah sedang menyediakan sesuatu yang lebih baik kepada dia.
Ingatlah, apabila ada anak yang mempunyai kekurangan ini, sokongan setiap ahli dalam keluarga itu sangat penting. Alhamdulilah, kehadiran Naqi banyak meningkatkan keyakinan diri dia. Sebagai ibu, aku juga kena belajar erti redha yang sebenar. Jangan manjakan dia, disiplin dalam pembelajaran dan kesabaran itu adalah kunci utama! Ini perjuangan kami sekeluarga.