Saturday, March 21, 2020

Minyak Esen sebagai solusi alternatif

Minyak esen adalah salah satu alternatif untuk CikSma menyeru kepada masyarakat hari ini untuk menukar gaya hidup kita yang lebih selamat. Pencemaran dan toksik di dalam rumah seperti pencuci lantai, cat, pencuci kain, pewangi dan juga produk kosmetik yang kita gunakan dalam seharian tidak lari daripadanya. Anda mungkin tidak nampak kesan buruknya terhadap kesihatan hari ini tetapi impaknya adalah untuk masa jangka panjang yang menjejaskan sistem tubuh badan kita seperti risiko kanser. Beralihlah kepada solusi kehidupan secara alami demi kesejahteraan hidup kita dan keluarga tersayang.

Namun CikSma sedar, masih ramai yang bersikap ragu-ragu. Banyak persoalan yang CikSma terima.. Kelaziman persoalan yang sering dipersoalkan oleh masyarakat adalah:

1. Apakah itu minyak esen?
2. Adakah minyak esen itu betul-betul selamat?
3. Kenapa minyak esen mahal? Di pasaran lebih murah lebih baik beli di luar..
4. Bagaimana nak tahu penggunaan minyak esen ini benar-benar terjamin keberkesanan?
5. Adakah pengguna minyak esen menidakkan perubatan konvensional?

Minyak esen berasaskan tumbuhan di alam semulajadi. Minyak esen yang sebenar adalah 100% asli tanpa kandungan sintetik sepertimana yang banyak terjual di stall yang boleh didapati di dalam mall hari ini, sebab itu ia boleh dijual dengan harga yang lebih murah. Pemprosesan minyak esen melalui kaedah yang kompleks bagi menjamin kualitinya dan disebabkan demikian ianya mahal. Penggunaan minyak esen yang selamat adalah tidak memudaratkan kulit kita sebaliknya ia membantu membaikpulih seperti luka. Keberkesanan sesuatu minyak adalah bergantung kepada cara konsistensi kita menggunakan, barulah kita dapat merasakan kebaikannya. Minyak esen adalah alternatif selain daripada perubatan konvensional yang tetap relevan mempunyai keperluan dan manfaat tersendiri. 

Ada soalan dan mahukan kepastian? Sekiranya anda ada sebarang persoalan yang memerlukan kepastian, boleh terus berhubung dengan CikSma di talian di bawah:

www.wasap.my/60136751079/doterra

No comments:

Post a Comment

ANAKKU GDD

 Global Development Delayed  Sungguh aku hilang kesabaran dengan si abang. Dia tidak faham apa yang aku cakapkan, langsung tiada fokus dan m...