Wednesday, November 3, 2021

ANAKKU GDD

 Global Development Delayed 

Sungguh aku hilang kesabaran dengan si abang. Dia tidak faham apa yang aku cakapkan, langsung tiada fokus dan minat untuk berkomunikasi dengan kita. Sesi pengajaran di rumah sekuat hati aku cuba untuk meletakkan kesabaran di tahap tertinggi namun akan berakhir dengan pekikak tarzan! Demi Allah, malamnya aku akan mengalirkan air mata di atas sejadah. Dia tidak bersalah.. ini ujian Allah kepada kami atau adakah aku yang tidak bersungguh dalam mendidiknya.

Bila emosi dia tenang, dia akan bertanya 'kenapa ibu suka marah-marah pada dia?' Hati ibu mana tidak terhiris dan remuk mendengar luahan hati seorang anak begitu. Aku memang mengelak untuk menjawab. Suami selalu berpesan agar jangan meletakkan harapan menggunung kepada dia, cukuplah dia pandai agama dan berakhlak. Jauh dari dasar hati aku risaukan dia ketinggalan di dalam bidang akademik. Apa yang dia selalu cakap berulang kali, 'orang lain dah pandai da, abang tak tahu lagi.. banyak lagi abang tak tahu nak buat.' Ya Allah, di mana salah silap aku dalam mengajarnya? Bagaimanakah cara pengajaran yang paling sesuai untuk dia cekap faham..

Mika berhenti dari terapi selepas 2 tahun bermula di usia dia 5 tahun yang ketaranya telah terlewat. Semuanya kerana aku in denied! Aku masih meletakkan harapan yang anak aku normal sedangkan hakikatnya aku sedar dia masih tidak boleh bertutur sepertimana kanak-kanak sebayanya. 

Apabila diberikan arahan, dia blur. Seorang yang mementingkan kesempurnaan dan kekemasan terutama sekali sewaktu makan mulut tak boleh comot. Bila ditanya, akan ulangi perkataan itu berulangkali. Bila kita menerangkan sesuatu, dia akan mudah distracted jika terpegang sesuatu di tangan. Apabila terlalu syokk dengan sesuatu, dia mudah tantrum. Dia juga sangat sensitif kerana di sekolah tiada sesiapa yang mahu berkawan dengannya, masuk je ke dalam kereta dia akan mengadu sambil menangis. Aku faham, bukan tiada kawan tapi kawan yang tidak faham butir pertuturan dia. Jenuh aku memujuk.. Walau bagaimanapun, aku bersyukur di setiap ujian itu ada kelebihan pada anak ini. Dia memiliki memori yang kuat untuk menghafal, pasti Allah sedang menyediakan sesuatu yang lebih baik kepada dia. 

Ingatlah, apabila ada anak yang mempunyai kekurangan ini, sokongan setiap ahli dalam keluarga itu sangat penting. Alhamdulilah, kehadiran Naqi banyak meningkatkan keyakinan diri dia. Sebagai ibu, aku juga kena belajar erti redha yang sebenar. Jangan manjakan dia, disiplin dalam pembelajaran dan kesabaran itu adalah kunci utama! Ini perjuangan kami sekeluarga.

Monday, August 9, 2021

Bidadari Syurga Siti Sarah Raissudin

9 Ogos 2021 Bidadari Syurga Shuib, Siti Sarah Raissudin meninggal dunia selepas dimasukkan ke wad pada 4 Ogos disebabkan paras oksigen yang rendah berpunca daripada jangkitan Covid19. Pada jumaat 6 Ogos bayi pramatangnya yang berusia 7 bulan berjaya dikeluarkan secara pembedahan tanpa sedar. Beliau memberi reaksi positif apabila paras oksigen naik semula namun kemudiannya jatuh semula. Subuh 5.13am Allahyarhamah pergi buat selama-lamanya. CikSma jadi takut untuk buka fon tengok update Shuib pagi tu tapi itulah yang terjadi..

Ramai yang tersentuh dengan pemergian arwah. CikSma percaya semuanya mesti ada asbab kebaikkan yang dilakukan. Apakah yang membuatkan arwah begitu istimewa sehingga Allah menjemputnya dalam keadaan syahid? Meninggal disebabkan wabak dan melahirkan anak. Ramai ustaz dan pemimpin yang mendoakan arwah. Allahuakbar.. Kami sebaya..CikSma rasa sudah sampai masanya untuk istiqamah beribadat kerana kematian itu sangat dekat.. Sedihnya.

Pendapat CikSma secara peribadi.. Selain amal sedekah dan budi pekerti arwah yang baik, Allah angkat darjat dia kerana ketaatannya kepada suami. Kawan-kawan..para isteri nak masuk syurga itu mudah jer, Allah kata 4 perkara jer.. salah satunya mentaati suami. Sukar kan? Sesungguhnya syurga itu mahal.

Ingat lagi dulu masa dorang berdua war-warkan untuk bernikah, CikSma pun terkejut. Masa tu Siti Sarah baru lepas putus tunang, Shuib pula bukanlah sesiapa..pendatang baru yang membina kerjaya sebagai Pelawak dalam industri seni. Malahan Shuib tiada rupa, tiada harta.. Biar betul dorang ni.. Tapi CikSma kagum sebab uniknya mereka menerima pasangan hidup mereka seadanya. CikSma suka baca statement Siti Sarah, dia nampak keikhlasan Shuib dapat menjaga dan membahagiakan dia. Shuib pula adalah contoh lelaki yang tidak memandang rupa tetapi budi pekerti Sarah. Shuib bekerja keras membina kerjaya manakala Sarah slowly menyepi dari dunia seni bagi menumpukan perhatian kepada keluarga kecil mereka. 

TUP..TUPP... Shuib membina perniagaan berasaskan madu dan BubbleBee. Mereka menjadi ikon dalam perniagaan. Sepanjang tempoh itu aku tengok Siti Sarah yang menjadi tulang belakang Shuib. Sentiasa ada untuk suami. Sentiasa membesarkan hati suami. Sentiasa membuatkan suami bahagia, menyokong kerjaya suami. Mereka adalah contoh terbaik, di sebalik kejayaan si suami ada wanita yang sentiasa menjadi pendokongnya. Teladan wanita yang menerima suami seadanya daripada tiada apa-apa kepada ada segalanya. Shuib pula amat menghargai isterinya, tiada kekuatan untuk memarahi isteri walau apa perkara annoyed yang arwah lakukan, mencantikkan Sarah dan mendorong dia ke arah penghijrahan yang hakiki. Sayangnya, Shuib juga adalah contoh suami diuji di saat dia ada segala-galanya. 

Damailah Allahyarham Siti Sarah Raissudin di taman syurga Allah. Anda adalah inspirasi kepada wanita dan para isteri hari ini untuk berubah kepada yang lebih baik dan menjadi wanita bidadari syurga. Kematian yang dicemburui. Aamiin.. Alfatihah (dibaca)

Friday, January 22, 2021

Apa NIAT berbisnes?

Sahaja aku meniaga kerana...

NAK TARGET SAVING 100K

NAK BANTU BEBAN KEWANGAN SUAMI

NAK BELI RUMAH PERTAMA

NAK BELI KERETA MEWAH

Lazimnya kita akan ditanya dengan soalan cepumas ni kan oleh pakar atau mentor perniagaan. Macam-macam jawapan keluar.. Jangan risau tiada yang kata salah atau betul.. Semua orang berhak membuat niat masing-masing.

Persoalan NIAT ni sebenarnya bila CikSma ikuti setiap kelas demi kelas, seminar demi seminar.. Mula dulu CikSma niatkan nak berbisnes ni sebab nak ada income sendiri so kita boleh belanja untuk kepuasan diri sendiri, nak langsaikan hutang, nak bagi duit pada mak, bantu kewangan suami dan bersedekah. Cuma masa tu point penting yang CikSma tak perasan adalah Niat itu hakikatnya 'untuk memberi manfaat kepada orang-orang yang kita sayangi'.

Haa..macam mana tu?

Kita berbisnes majoriti faktornya sebab nak bagi kesenangan kepada mak ayah, suami, anak-anak dan bantu mereka yang memerlukan. Sebab itu, apabila kita jelas dengan NIAT, itu akan menjadi BIG WHY kita, seterusnya mudahlah kita SET mindset dan cara bertindak kita lebih terancang. Untuk menjadi orang yang berjaya, adalah memberi manfaat kepada manusia sekeliling. 

Thursday, December 3, 2020

Rahsia Awet Muda Getah Frankincense


 Minyak Frankincense terbaik datangnya dari Oman & Somalia. Umur tinggi jiwa muda! tapi kalau muka kedut pun tak jadik uolss... hihii..

RAHSIA kulit kusam kembali berseri dengan hanya manfaat dari getah pokok Kemenyan! 

Frankincense adalah sel regenerasi KULIT terbaik dalam bidang kecantikkan. Membantu memudarkan parut dan kedutan pada kulit muka, mengecilkan pori muka, mengimbangi masalah kulit berminyak dan kering. Pada masa yang sama menghilangkan kulit kusam, amalkan sapuan pada kulit wajah setiap malam sebelum tidur, kulit akan sentiasa tampak lembap. Lama-kelamaan nanti uols akan mula perasan kesan minyak ni buatkan uols lebih awet muda, ia bantu reverse aging dan melambatkan proses penuaan! Tak percaya? Nah, dengan enrolment Home Essentials Kit bulan Disember ni, secara automatik, minyak yang berharga RM413 ini akan menjadi milik uolsss...!  

TAWARAN TERHAD SEHINGGA 31/12/2020 SAHAJA!

Oppss!! Frankincense jugak boleh bertindak macam penenang atau sedatif tau. Ia membantu melegakan ketegangan emosi dan saraf, anxiety atau kebimbangan, ketidakstabilan emosi mudah marah, masalah kemurungan, sakit kepala dan migrain, ADHD, menyokong neuro untuk anak-anak yang ada masalah speech delay serta menenangkan gelojak gejala pre-menstrual bagi golongan wanita.

Haa..jangan tak tahu, Frankincense juga bersifat antiseptik atau  penyembuh luka daripada gigitan serangga, luka, kudis, melecur, jangkitan kulit, bisul dan membantu melegakan kesakitan dari bengkak buasir. 

Banyak sangat kebaikkan Frankincense ni! apapun #goforabetteroption

www.wasap.my/60136751079/asmadotera
www.mydoterra.com/asmaharyati

Doktor Kulit minyak Tea Tree

Daun Tea Tree
TeaTree atau nama saintifiknya Melaleuca dikenali sebagai fungsi antiseptik dan 'Doktor Kulit'. Tea Tree hanya boleh digunakan untuk kegunaan luaran sahaja. Ini bermaksud, boleh disapukan secara langsung ke atas kulit atau secara dilution. 

1. Antiviral / Antibakteria
Membantu mempercepatkan pengecutkan jerawat, bisul akibat bakteria atau jangkitan virus. Juga boleh digunakan sebagai agen pembersih, isikan TeaTree ke dalam botol spray untuk dijadikan air spray membersihkan permukaan meja makan, kabinet dapur atau sinki bilik air.

2. Perangsang Imunisasi 
Membantu untuk tingkatkan sistem imunisasi badan untuk melawan infeksi. Cara paling berkesan adalah semudah difusekan sahaja diffuser di dalam rumah.

3. Antimikrobial 
Membantu melegakan kelemumur dan kegatalan kulit kepala. Kebiasaanya, CikSma amalkan sapuan selepas mandi. Keringkan sedikit rambut, ala-ala basah sikit tu, titiskan 1-2 titik pada tapak tangan kemudian ratakan sapuan pada rambut, jangan lupa urutkan sedikit pada kulit kepala bagi menggalakkan peredaran darah.

4. Anti-Inflamasi 
Melegakan kesan gigitan serangga, luka, lecur terbakar, ekzema, sunburn dan pelbagai masalah kulit. Dalam keadaan kulit yang pedih dan tidak selesa itu, boleh dilute Tea Tree bersama minyak pelarut seperti Fractionated Coconut oil (FCO) yang pastinya tidak melekitkan kulit!

5. Anti-fungal
Titiskan setitik TeaTree pada kaki yang terkena kulat air, kurap, kuku rosak dan segala masalah yang berkaitan dengan kulat. Kerajinan adalah faktor utama membantu mempercepatkan pemulihan masalah fungal yang kita alami.

** Oh yaa..CikSma nak belanja 2 resepi Blend yg popular untuk Tea Tree yang dinamakan OWIE BLEND.. Sesiapa yang ada masalah kulit luka atau gatal-gatal, melecur, sunburn ke boleh la apply kan.. Inshaa Allah bantu mengurangkan kegatalan dan memperbaiki masalah kulit tersebut.

OWIE ROLLER BOTTLE (10ml botol roller)
===========================
5 titik Tea Tree
5 titik Lavender
5 titik Frankincense
+ penuhkan botol roller dengan FCO
Oleskan pada bahagian yang bermasalah

OWIE SPRAY (2oz botol spray)
===================
15 titik Tea Tree
15 titik Lavender
15 titik Frankincense
+ penuhkan botol spray dengan FCO
Semburkan pada bahagian yang bermasalah.

Travel friendly sebagai first-aid seisi keluarga! Boleh selit botol dalam handbag jer uolss... huhuu..


 


Curang : Bertahan atau berpisah

No matter how good you are, how much you have scarify into your married.. how success you are.. how beautiful your are.. not a guarantee that your partner's loyalty even anak dah 10. Tidak tahu apa sebenarnya yang lelaki ini hendakkan dalam hidup. Sudah ada isteri yang bekerjaya hebat, cantik, tubuh badan persis anak dara, anak berderet-deret comel-comel dan serba serbi sudah ada, masih mahu berskandal dengan wanita di luar sana yang jauh kurang menarik daripada isteri yang sedia ada. KENAPA? Kerana desire seorang suami ada untuk menjadi hero. Lelaki suka apabila dia diangkat menjadi hero. Rasa diperlukan setiap saat sebagai orang yang penting. Lelaki dan suami dahagakan penghormatan! Kalau ada wanita luar sana yang lebih bijak mendominasi suami anda untuk bantu mereka buat itu dan ini sedangkan si isteri pula menganggap diri mereka lebih suka berdikari. Itulah kesilapan sebenar dalam perkahwinan.

Apa nak buat ni? Dalam rumahtangga, kita hanya ada 2 pilihan. Bertahan dengan memperjuangkan cinta kita dan demi masa depan anak2 ATAU ambil jalan singkat berpisah dek pentingkan diri sendiri apabila rasa telah dikhianat! Heloo...jangan ambil jalan suntuk akal tanpa memikirkan masa depan sendiri dan anak2.

1. Don't let your scandal win happily
Kita sedang memegang status yang lebih kuat berbanding skandal. Dia suami kita yang sah! Selagi dia masih ada dengan kita, selagi cinta masih di hati, 'keep fighting! Setelah korang tahu suami berskandal, jangan serang suami dan skandal. Be positive dan ambil masa untuk tenangkan diri. Serangan kepada suami dan skandal hanya memburukkan keadaan, kerana ego suami akan semakin tinggi untuk menjaga air mukanya. Skandal suami pula akan mengambil kesempatan ini untuk meraih lebih banyak perhatian, masa dan mengikis harta suami. Kita wanita ada kelas! Menyerang skandal cuma menjatuhkan maruah kita. Jadi bijak dengan merancang strategi untuk meraih semula semua perhatian, masa dan harta suami untuk anda dan anak-anak. Lawanlah sehingga selagi talak tidak dilepaskan. Andai dia masih berdegil dan perpisahan terjadi, anda takkan pernah rasa terkilan kerana telah melakukan yang sehabis baik untuk melawan godaan syaitan untuk merobohkan masjid yang dibina. Jangan terus bersedih kerana kita adalah wanita yang kuat.. kita ada persona diri untuk teruskan hidup. Allah akan temukan kita dengan lelaki yang lebih menghargai kita. 

2. Groom yourself
Sedar atau tidak kadang kala ada khilaf antara satu sama lain dalam melayari rumahtangga. Mungkin ada pasangan yang terlalu sibuk dengan urusan pekerjaan sehingga tiada masa untuk memberi perhatian kepada pasangan. Maka peluang terbuka di luar sana samada pasangan atau pihak ketiga memasuki ruang yang kita buka. Mungkin ada juga yang lupa menjaga penampilan diri setelah beranak-pinak atau kerana terlalu mengikut kata suami untuk tutup sana sini sehingga lupa apa itu fesyen dan mekap. Isteri.. jagalah aurat dan pandangan suami kita. Aurat tetap perlu dijaga tapi pandangan suami kita lebih lagi hendak dijaga. Kita berjubah sepanjang masa di dalam dan luar rumah tapi tatkala suami seksi berskirt pendek dan berdahi licin laju di sebelah, suami masih mencuri pandang. Gambar wanita seksi dan mendedahkan aurat masib menjadi bahan usikkan suami dan kawan-kawan di dalam group WhatsApp. Ape cer?? Retilah berfesyen dan mengikuti perkembangan semasa bidang kecantikkan. Jagalah kecantikkan  diri dalam berpakaian, bermekap dan bentuk tubuh demi suami dan kelangsungan rumahtangga anda.

3. Happy is the best revenge
Hati wanita mana yang tak sakit apabila orang yang kita sayang menduakan kita, sakitnya adalah seperti menghancur-remukkan hati kita seolah kita ini diperbodohkan kerana setia padanya. Walaupun ada antara punca mengapa mereka tegar menduakan kita adalah kerana khilaf kita yang mungkin kurang memberi perhatian padanya, pengaruh kawan-kawan dan godaan yang lebih hebat dari wanita di luar sana. The damage is done! Bangkitlah demi kuasa seorang isteri dan fikirkan masa depan anak-anak yang tidak layak hidup dalam kehancuran rumahtagga ibu bapa mereka. Lazimnya di luar sana setelah berlaku penceraian ibu bapa, bekas isteri terpaksa membanting tulang mencari sesuap nasi untuk diri sendiri dan anak-anak menanggung semua bebanan kewangan keluarga sedangkan bekas suami lupakan tanggungjawab dengan berseronok dengan isteri baru yang memboroskan harta milik ayah pada anak-anak uols. Sanggup? Bagi bekas suami sedar bahawa tidak semudah itu nasib anda dan anak-anak boleh diketepikan. Selagi boleh dipertahankan milik anda, jangan mudah mengalah!  

4. Start 'berkira' 
Mungkin sebelum ini kita terlalu memanjakan mereka menjadikan mereka raja di dalam rumah dan bukannya imam di dalam rumah. Mula fikirkan sesuatu untuk 'menyusahkan' hidup mereka. Let them thinking yang mereka tidak boleh hidup tanpa kita. Beri mereka tanggung lebih banyak tanggungjawab di dalam rumahtangga seperti membeli barang dapur, membantu kerja rumah, minta belikan barang branded yang kita suka, beli  handphone baru, enrol anak-anak masuk ke kelas tambahan, membawa kita bercuti ke hotel mewah selagi mana kemampuannya dan minta suami belikan emas supaya mereka tiada kesempatan membelanjakan wang milik kita dan anak-anak kepada wanita lain. Dulu semasa cinta sepenuh hati mungkin kita terpaksa bekerja demi membantu kewangan dan ekonomi rumahtangga Bersama sehingga duit gaji berkongsi dua untuk mengukuhkan rezeki rumahtangga, tapi bila cinta dah terpaksa berkongsi ini, rancang semula kewangan keluarga. Isteri sanggup susah senang dengan suami yang sama tapi tak semua suami sanggup bersusah-senang dengan isteri yang sama. Jadi bijak! Gaji isteri adalah milik isteri, gaji suami adalah milik isteri, andai isteri membantu ekonomi rumahtangga, itu adalah ehsannya.

5. Kumpul / mengikis harta suami
Lakukan pada ketika dia tengah mabuk cinta ini dengan cepat dan terancang. Harta seperti rumah cubalah untuk meletakkan nama berdua supaya nasib anda dan anak-anak tidak dicampak keluar rumah kelamin anda. Kumpulkan sebanyak mungkin harta untuk menampung kehidupan masa depan anda dan anak-anak sekiranya keadaan masih meruncing dan jalan penyelesaian masih tidak ditemui. Emas dan simpanan adalah keperluan utama jika keadaan mendesak. Katakanlah terjadinya perpisahan, usahakanlah untuk fight setiap hak milik anda di mahkamah walaupun sekecil-kecil harta sepencarian dan tuntutan nafkah tertunggak. Anda takkan dapat semula suami anda kecualilah dia mahu berbaik semula tapi ada segelintir isteri di luar sana ego untuk tidak mahu menagih duit suami untuk meneruskan hidup tapi fikirlah dari sudut nafkah anak-anak yang menjadi tanggungjawab si ayah yang menanggungnya. Sekurangnya dapat membantu meringankan bebanan kewangan kita untuk memulakan hidup baru sebagai ibu tunggal.

6. Kawal emosi
Cuba sorok emosi amarah kita di depan matanya. Sebagai wanita, memang sukar untuk menyorokkan emosi sakit hati kita apabila rasa tidak puas hati pada pasangan. Sabar! Jika uols masih sayangkan dia dan mahu menyelamatkan rumahtangga kalian. Anda telah melalui segala susah payah dengan dia dan ini bukanlah masa untuk anda berputus-asa kerana perkahwinan yang bertahun, cinta yang bersemi dengan kelahiran cahaya mata tidak mudah kita membuang rasa kasih dan sayang itu. Semasa marah, kita akan membuat banyak kesilapan dan keputusan yang melulu yang seterusnya akan memburukkan lagi situasi. Antara usaha yang mungkin boleh dilakukan adalah muhasabah semula diri andakah anda sudah melakukan yang terbaik untuknya sesuai dengan tanggungjawab sebagai isteri, solat tahajut mohon pertolongannya, perbanyakkan solat dan membaca Al-Quran mendekatkan diri padaNya. Jangan sesekali menjaja masalah rumahtangga anda kepada orang luar baik kawan-kawan untuk meminta pandangan atau khidmat nasihat keluarga kerana ianya terlalu peribadi. Ambil masa untuk mempunyai komunikasi dua hala yang lebih terbuka dengan hati yang terbuka dengan suami apakah win-win situation yang boleh diambil untuk memulihkan keadaan dan hubungan anda berdua, mungkin sebuah percutian atau extra attention! Cara terbaik adalah mencari penasihat professional yang dapat membantu anda memberi tatacara solusi alam rumahtangga dan hubungan intim.    

#wearethefighter

Wednesday, December 2, 2020

Family Essentials Kit

  BERMINAT MEMULAKAN PENJAGAAN KESIHATAN SEISI KELUARGA DENGAN KEBAIKKAN MINYAK PATI ESEN?   


KIT ENROLMEN PILIHAN SEISI KELUARGA !

                                       ****************************************
        

Ada apa dalam kotak Family Essentials Kit:

5ml Lavender
5ml Peppermint
5ml TeaTree
5ml Frankincense
5ml Oregano
5ml ZenGest
5ml OnGuard
5ml Deep Blue
5ml Lemon
5ml Easy Air 

10 bottles Family Essentials Kit - R=RM758 | W=RM570
Pelarut FCO - R=RM73 | W=RM55
Petal Diffuser - R=RM285 | W=RM214
Yuran keahlian RM132

Retail Price : RM 1248 | Wholesale / Member Price : 839

TAPI KINI CUMA RM835 SAHAJA!! 
JIMAT 33% DARI HARGA RETAIL!!

WOWWWW... TERBAIK !!


PERCUMA YURAN KEAHLIAN RM132!
&
Special FREEGIFT dari asmadotera!

PERHATIAN!! PEMBELIAN UNTUK FAMILY ESSENTIALS KIT HANYA DIBENARKAN SEMASA ENROLMEN KEAHLIAN UNTUK PEMBELIAN KALI PERTAMA SAHAJA! 


Jangan bertangguh untuk bertukar kepada produk alami sebagai solusi dalam kehidupan. Contact CikSma hari ni.

Whatsapp : www.wasap.my/60136751079/essentialkit
Follow ig : www.instagram.com/asma.haryati
Like Page : www.facebook.com/asmaharyatiwellness




ANAKKU GDD

 Global Development Delayed  Sungguh aku hilang kesabaran dengan si abang. Dia tidak faham apa yang aku cakapkan, langsung tiada fokus dan m...