Thursday, December 3, 2020

Curang : Bertahan atau berpisah

No matter how good you are, how much you have scarify into your married.. how success you are.. how beautiful your are.. not a guarantee that your partner's loyalty even anak dah 10. Tidak tahu apa sebenarnya yang lelaki ini hendakkan dalam hidup. Sudah ada isteri yang bekerjaya hebat, cantik, tubuh badan persis anak dara, anak berderet-deret comel-comel dan serba serbi sudah ada, masih mahu berskandal dengan wanita di luar sana yang jauh kurang menarik daripada isteri yang sedia ada. KENAPA? Kerana desire seorang suami ada untuk menjadi hero. Lelaki suka apabila dia diangkat menjadi hero. Rasa diperlukan setiap saat sebagai orang yang penting. Lelaki dan suami dahagakan penghormatan! Kalau ada wanita luar sana yang lebih bijak mendominasi suami anda untuk bantu mereka buat itu dan ini sedangkan si isteri pula menganggap diri mereka lebih suka berdikari. Itulah kesilapan sebenar dalam perkahwinan.

Apa nak buat ni? Dalam rumahtangga, kita hanya ada 2 pilihan. Bertahan dengan memperjuangkan cinta kita dan demi masa depan anak2 ATAU ambil jalan singkat berpisah dek pentingkan diri sendiri apabila rasa telah dikhianat! Heloo...jangan ambil jalan suntuk akal tanpa memikirkan masa depan sendiri dan anak2.

1. Don't let your scandal win happily
Kita sedang memegang status yang lebih kuat berbanding skandal. Dia suami kita yang sah! Selagi dia masih ada dengan kita, selagi cinta masih di hati, 'keep fighting! Setelah korang tahu suami berskandal, jangan serang suami dan skandal. Be positive dan ambil masa untuk tenangkan diri. Serangan kepada suami dan skandal hanya memburukkan keadaan, kerana ego suami akan semakin tinggi untuk menjaga air mukanya. Skandal suami pula akan mengambil kesempatan ini untuk meraih lebih banyak perhatian, masa dan mengikis harta suami. Kita wanita ada kelas! Menyerang skandal cuma menjatuhkan maruah kita. Jadi bijak dengan merancang strategi untuk meraih semula semua perhatian, masa dan harta suami untuk anda dan anak-anak. Lawanlah sehingga selagi talak tidak dilepaskan. Andai dia masih berdegil dan perpisahan terjadi, anda takkan pernah rasa terkilan kerana telah melakukan yang sehabis baik untuk melawan godaan syaitan untuk merobohkan masjid yang dibina. Jangan terus bersedih kerana kita adalah wanita yang kuat.. kita ada persona diri untuk teruskan hidup. Allah akan temukan kita dengan lelaki yang lebih menghargai kita. 

2. Groom yourself
Sedar atau tidak kadang kala ada khilaf antara satu sama lain dalam melayari rumahtangga. Mungkin ada pasangan yang terlalu sibuk dengan urusan pekerjaan sehingga tiada masa untuk memberi perhatian kepada pasangan. Maka peluang terbuka di luar sana samada pasangan atau pihak ketiga memasuki ruang yang kita buka. Mungkin ada juga yang lupa menjaga penampilan diri setelah beranak-pinak atau kerana terlalu mengikut kata suami untuk tutup sana sini sehingga lupa apa itu fesyen dan mekap. Isteri.. jagalah aurat dan pandangan suami kita. Aurat tetap perlu dijaga tapi pandangan suami kita lebih lagi hendak dijaga. Kita berjubah sepanjang masa di dalam dan luar rumah tapi tatkala suami seksi berskirt pendek dan berdahi licin laju di sebelah, suami masih mencuri pandang. Gambar wanita seksi dan mendedahkan aurat masib menjadi bahan usikkan suami dan kawan-kawan di dalam group WhatsApp. Ape cer?? Retilah berfesyen dan mengikuti perkembangan semasa bidang kecantikkan. Jagalah kecantikkan  diri dalam berpakaian, bermekap dan bentuk tubuh demi suami dan kelangsungan rumahtangga anda.

3. Happy is the best revenge
Hati wanita mana yang tak sakit apabila orang yang kita sayang menduakan kita, sakitnya adalah seperti menghancur-remukkan hati kita seolah kita ini diperbodohkan kerana setia padanya. Walaupun ada antara punca mengapa mereka tegar menduakan kita adalah kerana khilaf kita yang mungkin kurang memberi perhatian padanya, pengaruh kawan-kawan dan godaan yang lebih hebat dari wanita di luar sana. The damage is done! Bangkitlah demi kuasa seorang isteri dan fikirkan masa depan anak-anak yang tidak layak hidup dalam kehancuran rumahtagga ibu bapa mereka. Lazimnya di luar sana setelah berlaku penceraian ibu bapa, bekas isteri terpaksa membanting tulang mencari sesuap nasi untuk diri sendiri dan anak-anak menanggung semua bebanan kewangan keluarga sedangkan bekas suami lupakan tanggungjawab dengan berseronok dengan isteri baru yang memboroskan harta milik ayah pada anak-anak uols. Sanggup? Bagi bekas suami sedar bahawa tidak semudah itu nasib anda dan anak-anak boleh diketepikan. Selagi boleh dipertahankan milik anda, jangan mudah mengalah!  

4. Start 'berkira' 
Mungkin sebelum ini kita terlalu memanjakan mereka menjadikan mereka raja di dalam rumah dan bukannya imam di dalam rumah. Mula fikirkan sesuatu untuk 'menyusahkan' hidup mereka. Let them thinking yang mereka tidak boleh hidup tanpa kita. Beri mereka tanggung lebih banyak tanggungjawab di dalam rumahtangga seperti membeli barang dapur, membantu kerja rumah, minta belikan barang branded yang kita suka, beli  handphone baru, enrol anak-anak masuk ke kelas tambahan, membawa kita bercuti ke hotel mewah selagi mana kemampuannya dan minta suami belikan emas supaya mereka tiada kesempatan membelanjakan wang milik kita dan anak-anak kepada wanita lain. Dulu semasa cinta sepenuh hati mungkin kita terpaksa bekerja demi membantu kewangan dan ekonomi rumahtangga Bersama sehingga duit gaji berkongsi dua untuk mengukuhkan rezeki rumahtangga, tapi bila cinta dah terpaksa berkongsi ini, rancang semula kewangan keluarga. Isteri sanggup susah senang dengan suami yang sama tapi tak semua suami sanggup bersusah-senang dengan isteri yang sama. Jadi bijak! Gaji isteri adalah milik isteri, gaji suami adalah milik isteri, andai isteri membantu ekonomi rumahtangga, itu adalah ehsannya.

5. Kumpul / mengikis harta suami
Lakukan pada ketika dia tengah mabuk cinta ini dengan cepat dan terancang. Harta seperti rumah cubalah untuk meletakkan nama berdua supaya nasib anda dan anak-anak tidak dicampak keluar rumah kelamin anda. Kumpulkan sebanyak mungkin harta untuk menampung kehidupan masa depan anda dan anak-anak sekiranya keadaan masih meruncing dan jalan penyelesaian masih tidak ditemui. Emas dan simpanan adalah keperluan utama jika keadaan mendesak. Katakanlah terjadinya perpisahan, usahakanlah untuk fight setiap hak milik anda di mahkamah walaupun sekecil-kecil harta sepencarian dan tuntutan nafkah tertunggak. Anda takkan dapat semula suami anda kecualilah dia mahu berbaik semula tapi ada segelintir isteri di luar sana ego untuk tidak mahu menagih duit suami untuk meneruskan hidup tapi fikirlah dari sudut nafkah anak-anak yang menjadi tanggungjawab si ayah yang menanggungnya. Sekurangnya dapat membantu meringankan bebanan kewangan kita untuk memulakan hidup baru sebagai ibu tunggal.

6. Kawal emosi
Cuba sorok emosi amarah kita di depan matanya. Sebagai wanita, memang sukar untuk menyorokkan emosi sakit hati kita apabila rasa tidak puas hati pada pasangan. Sabar! Jika uols masih sayangkan dia dan mahu menyelamatkan rumahtangga kalian. Anda telah melalui segala susah payah dengan dia dan ini bukanlah masa untuk anda berputus-asa kerana perkahwinan yang bertahun, cinta yang bersemi dengan kelahiran cahaya mata tidak mudah kita membuang rasa kasih dan sayang itu. Semasa marah, kita akan membuat banyak kesilapan dan keputusan yang melulu yang seterusnya akan memburukkan lagi situasi. Antara usaha yang mungkin boleh dilakukan adalah muhasabah semula diri andakah anda sudah melakukan yang terbaik untuknya sesuai dengan tanggungjawab sebagai isteri, solat tahajut mohon pertolongannya, perbanyakkan solat dan membaca Al-Quran mendekatkan diri padaNya. Jangan sesekali menjaja masalah rumahtangga anda kepada orang luar baik kawan-kawan untuk meminta pandangan atau khidmat nasihat keluarga kerana ianya terlalu peribadi. Ambil masa untuk mempunyai komunikasi dua hala yang lebih terbuka dengan hati yang terbuka dengan suami apakah win-win situation yang boleh diambil untuk memulihkan keadaan dan hubungan anda berdua, mungkin sebuah percutian atau extra attention! Cara terbaik adalah mencari penasihat professional yang dapat membantu anda memberi tatacara solusi alam rumahtangga dan hubungan intim.    

#wearethefighter

No comments:

Post a Comment

ANAKKU GDD

 Global Development Delayed  Sungguh aku hilang kesabaran dengan si abang. Dia tidak faham apa yang aku cakapkan, langsung tiada fokus dan m...