Daun Tea Tree |
1. Antiviral / Antibakteria
Membantu mempercepatkan pengecutkan jerawat, bisul akibat bakteria atau jangkitan virus. Juga boleh digunakan sebagai agen pembersih, isikan TeaTree ke dalam botol spray untuk dijadikan air spray membersihkan permukaan meja makan, kabinet dapur atau sinki bilik air.
2. Perangsang Imunisasi
Membantu untuk tingkatkan sistem imunisasi badan untuk melawan infeksi. Cara paling berkesan adalah semudah difusekan sahaja diffuser di dalam rumah.
3. Antimikrobial
Membantu melegakan kelemumur dan kegatalan kulit kepala. Kebiasaanya, CikSma amalkan sapuan selepas mandi. Keringkan sedikit rambut, ala-ala basah sikit tu, titiskan 1-2 titik pada tapak tangan kemudian ratakan sapuan pada rambut, jangan lupa urutkan sedikit pada kulit kepala bagi menggalakkan peredaran darah.
4. Anti-Inflamasi
Melegakan kesan gigitan serangga, luka, lecur terbakar, ekzema, sunburn dan pelbagai masalah kulit. Dalam keadaan kulit yang pedih dan tidak selesa itu, boleh dilute Tea Tree bersama minyak pelarut seperti Fractionated Coconut oil (FCO) yang pastinya tidak melekitkan kulit!
5. Anti-fungal
Titiskan setitik TeaTree pada kaki yang terkena kulat air, kurap, kuku rosak dan segala masalah yang berkaitan dengan kulat. Kerajinan adalah faktor utama membantu mempercepatkan pemulihan masalah fungal yang kita alami.
** Oh yaa..CikSma nak belanja 2 resepi Blend yg popular untuk Tea Tree yang dinamakan OWIE BLEND.. Sesiapa yang ada masalah kulit luka atau gatal-gatal, melecur, sunburn ke boleh la apply kan.. Inshaa Allah bantu mengurangkan kegatalan dan memperbaiki masalah kulit tersebut.
OWIE ROLLER BOTTLE (10ml botol roller)
===========================
5 titik Tea Tree
5 titik Lavender
5 titik Frankincense
+ penuhkan botol roller dengan FCO
Oleskan pada bahagian yang bermasalah
OWIE SPRAY (2oz botol spray)
===================
15 titik Tea Tree
15 titik Lavender
15 titik Frankincense
+ penuhkan botol spray dengan FCO
Semburkan pada bahagian yang bermasalah.
Travel friendly sebagai first-aid seisi keluarga! Boleh selit botol dalam handbag jer uolss... huhuu..
No comments:
Post a Comment