Monday, August 5, 2019

Cara guna Minyak Pati Esen doTERRA


Bagaimana menggunakan Minyak Pati?

Minyak pati mudah digunakan! Jangan sukarkan benda yang mudah.. Keep it simple! bak kata omputeh! Setiap minyak boleh digunakan di dalam satu atau lebih daripada 3 kaedah seperti berikut:

Aromatik


1. Hiduan - Menghidu aroma minyak melalui hidung atau mulut secara langsung merangsang deria tubuh kita untuk bertindakbalas terhadap emosi. Cuba try hidu Peppermint sedemikian, aroma mint nya yang masuk ke dalam rongga pasti membuatkan kita rasa segar! 
 
2. Diffuser - Aroma minyak dapat disebarkan dan menjadi sangat merangsangkan, menenang dan melegakan. Ia boleh membersihan udara daripada bau yang tidak menyenangkan, mematikan bakteria kuman serta memperkayakan kediaman dengan manfaat dari wangian minyak. Selain itu seisi keluarga juga mendapat manfaatnya bersama-sama.

3. Stem air - menitiskan beberapa titik minyak esensial ke dalam air panas dan bernafas dari wap yang dilepaskan. Kaedah ini banyak dilakukan oleh mereka yang mempunyai masalah pernafasan seperti sinus, selsema, hidung berair dan sebagainya bagi melegakan simptom dengan lebih cepat. 


Topikal

1. Kulit - Minyak pati mudah diserap oleh kulit dan selamat disapukan ke atas kulit. Hati-hati dengan penggunaan minyak yang bersifat panas seperti Oregano boleh mengakibatkan kesan terbakar pada kulit sebaik-baiknya dicampur bersama-sama dengan minyak pelarut  terlebih dahulu. Tahu tak sapuan pada tapak kaki adalah yang terbaik? kerana tapak kaki adalah saraf refleksologi, lapisan kulitnya lebih tebal dan mempunyai liang pori yang lebih besar.  

2. Produk komersial - Dengan pelbagai ereksi daripada minyak, pengguna boleh menyesuaikan minyak mengikut keperluan anda dan keluarga. Minyak pati topikal boleh dicampurkan dengan losyen, minyak atau krim sesuai dengan tahap keperluan sensitiviti kulit anda. Titikkan Geranium ke dalam serum facial, kulit akan rasa lebih bersih dan sihat.

3. Urutan - Dijadikan minyak urutan SPA atau sapuan pada bahagian tubuh yang bermasalah dapat membantu memberikan kelegaan dengan lebih baik. Sakit perut, kembung perut atau ketidakselesaan pada bahagian bawah abdomen, kita boleh melakukan sapuan pada bahagian yang bermasalah. Seelok-eloknya dicampurkan bersama dengan minyak pelarut kelapa supaya sapuan tersebut lebih kekal lama pada kulit dan mengelakkan alahan kulit sensitif.

Ingest

1. Air masak - Minyak pati juga boleh digunakan dalam minuman. Minyak pati Lemon dan Lime contohnya boleh diminum bersama dengan air masak. Mungkin ada yang sukar untuk minum sedemikian, tidak menjadi larangan pun jika dititiskan ke dalam minum lain seperti jus buah-buahan atau susu. Manfaat yang diperolehi tetap sama.

2. Perisa masakan - Pelbagai minyak pati herba seperti Serai, Pudina, Halia dan Oregano boleh ditambahkan sebagai perasa di dalam masakan contohnya sup sayur, masakan barat Spagetti serta pembuatan cookies Peppermint dan kek Wild Orange! Menarik kan? Jimat duit nak beli Serai yang tidak boleh simpan lama dan cepat rosak kan.. 

3. Veggie Capsule - Pastikan kapsul yang digunakan adalah veggie base. Titiskan 1-2 titik minyak pati ke dalam kapsul dan telan seperti biasa macam makan ubat. Ini adalah cara yang paling mudah dan cepat tanpa kita perlu nak rasa aroma minyak tu singgah di tekak. Tak semua orang suka dengan bau dan rasa pedas minyak-minyak tersebut. 

*** Minyak pati selamat digunakan dengan sukatan yang betul bg mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini. Pastikan kawan2 hanya menggunakan minyak tulen CPTG dan patuhi semua label amaran dan arahan.


TIPS : Sekiranya terdapat iritasi kepada penggunaan topikal, sapukan minyak kelapa (Fractionated Coconut oil doTERRA) di kawasan yang terjejas. ELAKKAN MENGGUNAKAN AIR KERANA AIR TIDAK AKAN MENCAIRKAN MINYAK PATI. Untuk wanita hamil dan pesakit di bawah penjagaan doktor, sila dapatkan rujukan dan khidmat nasihat daripada mereka.

Manfaat yang diperolehi daripada minyak pati pasti mengujakan dan memberikan harapan dalam bersama-sama digunakan dalam memelihara kesihatan  diri serta keluarga. Nikmati faedah dalam menggunakan minyak pati secara meluas untuk aplikasi kesihatan emosi dan fizikal. Ia boleh digunakan secara tunggal (single oil) atau campuran (blend oil) bergantung kepada pengalaman pengguna dan manfaat yang diinginkan. Anda perlu pastikan yang anda memilih pati yang tulen dan berkesan!

Sunday, August 4, 2019

Apa itu gred Minyak Pati Terapeutik?

PIAWAIAN CPTG

Minyak pati doTERRA CPTG ialah sebatian aromatik tulen, semulajadi yang diekstrak dengan teliti daripada tumbuh-tumbuhan. Maksudnya, MP tidak mengandungi sebarang bahan tiruan yang akan merendahkan kualiti kandungan aktif dan bebas daripada pencemaran seperti racun perosak atau sisa kimia lain.

CPTG (CERTIFIED PURE TERAPEUTIK GRADE) adalah satu gred tertinggi yang diiktiraf untuk sesuatu piawaian minyak pati yang dikeluarkan oleh pengeluar minyak aromaterapi di dunia. Melalui gred inilah kita akan mengetahui tahap keaslian kualiti sesuatu minyak pati, adakah ia benar-benar 100% asli atau mengandungi kandungan kimia dan sintetik asing. doTERRA adalah pengeluar minyak yang asli dan mempunyai unsur terapeutik yang bermaksud ianya selamat untuk kegunaan ke atas kulit. 

CPTG adalah kekuatan bagi jenama doTERRA di dalam industri kesihatan dan kosmetik ini. Ini adalah amat penting bagi memastikan sebatian aktif minyak berada pada tahap yang betul untuk menjamin keselamatan dan keberkesanannya. Banyak pengeluar minyak pati menyatakan bahawa produk mereka tulen, namun hanya sedikit yang menepati piawaian ketat untuk komposisi kimia. 

Minyak CPTG doTERRA menggunakan ujian persilangan Spektrometri Jisim dan Kromatografi Gas untuk memastikan ketulenan Kedua-dua ekstrak dan keberkesanan komposisi setiap kelompok minyak yang dihasilkan.

doTERRA juga bekerja rapat  dengan para peladang tempatan dan rangkaian global ahli kimia minyak pati seperti Aromatic Plant Research Center (APRC) memilih tumbuhan daripada spesis yang betul-betul berkualiti tinggi dan habitat aslinya terpelihara. Setiap sebatian aromatik daripada tumbuh-tumbuhan diekstrak secara teliti oleh penyuling yang berpengalaman dan tertakluk kepada analisa kimia dalam memastikan komposisi dan ketulenannya berada pada tahap tertinggi.

Setiap produk doTERRA dijamin mampu melebihi jangkaan prestasi serta kepuasan pelanggan. Ini adalah kelebihan dan keunikan yang membezakan minyak pati doTERRA berbanding pelbagai jenama minyak pati yang terdapat di pasaran. Ramai pengeluar minyak pati di dunia yang berusaha bersungguh-sungguh menghasilkan minyak pati dan sedaya upaya menjamin ketulenan produk dihasilkan mereka sebagai 100% asli semulajadi, namun sayangnya tidak semua produk yang layak mendapat pengikhtirafan dengan gred Terapeutik 'CERTIFIED PURE THERAPEUTIC GRADE' sepertimana yang hanya boleh dijamin oleh doTERRA dan diperakui oleh laporan APRC!

Selidik dahulu sebelum membeli! Elakkan ditipu, membazir dan menggunakan produk yang boleh membahayakan tubuh badan kita yaa.. Lambakan produk yang membanjiri pasaran tempatan dengan tagline yang serupa '100% PURE' sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk menyertakan laporan klinikal berkenaan produk mereka.

Demikian doTERRA melancarkan www.sourcetoyou.com bagi memudahkan carian informasi berkenaan produk mereka, lebih telus tanpa perlu berselindung atau kerahsiaan di sebalik pengiktirafan gred yang gah 'CPTG'.










Apa itu Minyak Pati Esensial?

APA ITU MINYAK PATI / ESENSIAL ? 


Adakah Minyak pati esensial SAMA DENGAN minyak wangi?

Oleh kerana minyak pati telah menjadi kian popular, kekeliruan mengenai minyak pati juga semakin meningkat. Ramai pengguna yang tidak pasti apakah perbezaan antara kedua-dua minyak tersebut. Yang pastinya, ia bukan sekadar mempunyai bau yang wangi sahaja ya kawan-kawan...

Kedua-dua minyak ini sering disalah-erti dan sangat berbeza dalam pelbagai cara. Walaupun dua jenis minyak ini boleh digunakan untuk tujuan memberikan aroma, kedua-duanya berbeza dari segi kandungan kimia, harga dan sifatnya serta tujuan penggunaanya. Sebenarnya, penting untuk kita memahami apa itu MINYAK ESENSIAL terlebih dahulu.

Minyak Pati (essential oils)

Minyak pati adalah sebatian aromatik semula jadi yang terkumpul di dalam tisu tumbuhan yang dipanggil kalenjar minyak. Minyak Esensial juga dipanggil 'pati' adalah bahan yang amat pekat atau likat yang diekstrak dari pelbagai bahagian yang berlainan pada tumbuh-tumbuhan. Antara bahagian tumbuh-tumbuhan untuk memperolehi minyak pati adalah bunga (Rose), teras pokok (Sandalwood), kulit buah (Lemon), getah (Frankincense), buah Berry (Juniper Berry), biji buah (Fennel), daun (Petitgrain) dan banyak lagi. 

Kimia yang terdapat dalam minyak pati adalah kompleks. Oleh sebab itu, satu jenis minyak pati boleh membantu melegakan pelbagai masalah kesihatan. Lavender misalnya bersifat antiseptik, antibakteria, antibiotik, antifungal dan banyak lagi. Lebih banyak kalenjar minyak yang wujud di dalam tisu tumbuhan itu, lebih murahlah harga minyak tersebut dan sebaliknya. Misalnya, 3 pounds Lavendar diperlukan untuk menghasilkan 1 botol 15ml Lavendar, manakala 242,000 kelopak petal ros untuk menghasilkan 5ml minyak ros. Justeru itu, dapat kita tengok perbezaan harga yang sangat ketara antara kedua-dua minyak ini yang nyata kita terpaksa membeli dengan harga yang berlipat kali ganda tinggi untuk minyak ros. Betul tak? 

Minyak pati telah digunakan sejak berzaman dahulu di dalam pelbagai budaya untuk faedah perubatan, terapeutik dan kecantikan. Minyak pati juga amat membantu meningkatkan tahap mood, menguatkan imunisasi tubuh badan, menenangkan deria dan membangkitkan respon emosi yang kuat. Penggunaan minyak pati ini mampu memberi impak dan manfaat di luar jangkaan kepada pengguna. Jom kita explore sedikit demi sedikit ya pada next posting! 

Clear? CikSma harap penjelasan ini tidak membuatkan semua pembaca bertambah keliru pulak yaa... huhu.. :) 

Minyak Wangi (fragrance oils)

Minyak Aroma adalah sintetik. Ia adalah campuran satu atau lebih volatilisasi sebatian bahan kimia  bersama beberapa bahan semulajadi apabila dicampurkan menghasilkan bau yang mewangikan. Walaupun mereka dapat menghasilkan satu jenis bauan yang amat wangi dan disukai pengguna, minyak ini biasanya mengandungi sedikit atau tiada komponen semulajadi. Oleh itu, minyak wangi tidak mempunyai manfaat yang dapat diberikan oleh minyak esensial dari sudut kesihatan. ITU ADALAH PERBEZAAN YANG PALING BESAR!

Minyak wangi tidak dapat memberikan manfaat yang sama dengan minyak pati, kerana minyak ini direka untuk meniru aroma sahaja. Minyak wangi banyak digunakan dalam pelbagai industri komersial produk kecantikkan penjagaan diri seperti pewangi moden, kosmetik termasuklah produk syampu, sabun serta pencuci. Tidak mengejutkan, minyak wangi jauh lebih murah kerana kos bahan yang jauh lebih rendah kerana kebanyakkan menggunakan bahan sintetik yang tidak memerlukan prosedur pengekstrakan yang mahal sepertimana proses pengekstrakan yang diperlukan sepertimana minyak esensial. 

Ini kerana pemprosesan pengekstrakkan minyak pati bagi doTERRA bergantung sepenuhnya pada jenis spesis pokok minyak pati tertentu, bahagian pokok yang diproses amat menekankan ekosistem habitatnya, keadaan tanah dan cuaca sebagainya. Demikian, doTERRA amat menjaga kualiti minyak pati yang dihasilkan oleh pengeluar tempatan dan perlu menjalani beberapa proses analisis makmal yang ketat.
   
*** Kesimpulannya, hari ini minyak pati telah menjadi trend moden melalui penjagaan diri yang lebih terarah kepada pendekatan yang lebih holistik dan perkembangan validasi saintifik sebagai amalan kesihatan alternatif. Walaupun kedua-dua minyak ini mampu memberikan wangian yang menyenangkan deria, namun minyak esensial lebih ketara memberikan tahap kepuasan yang lebih dalam dan membantu kesihatan keseluruhannya. Sebaliknya, minyak wangi hanya memberikan keseronokan jangka pendek yang akan membahayakan kesihatan. 

# Jika kawan-kawan menyukai aroma semula jadi, dan mencari produk yang dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan hidup kita, minyak pati esensial adalah pilihan yang tepat jelas sekali.

ANAKKU GDD

 Global Development Delayed  Sungguh aku hilang kesabaran dengan si abang. Dia tidak faham apa yang aku cakapkan, langsung tiada fokus dan m...