Friday, March 20, 2020

DIY : Sanitiser Tangan

Penjagaan kebersihan diri itu sentiasa penting bagi memastikan kita tidak mudah jatuh sakit, apatah lagi hari ini udara yang kita hirup tidak lagi bersih akibat pencemaran udara dan lebih teruk lagi adalah jerebu. Penularan pelbagai penyakit yang disebabkan daripada bakteria dan virus juga menjadi wabak yang masih tiada penawar! Lantaran itu, di sini CikSma nak kongsikan beberapa tips mudah untuk membuat sanitiser tangan baik gel, spray atau mist dengan hanya menggunakan minyak esen serta beberapa produk yang mudah didapati di Guardian atau Watson.

1. HAND SANITIZER SPRAY

10ml Spray bottle

10 titik OnGuard / protection blend
10 titik Frankincense / minyak kemenyan
10 titik Thyme
10 titik Tea Tree
10 titik Rosemary
10 titik Wild Orange
10 titik Lemon

Titiskan kesemua campuran minyak di atas ke dalam botol spray dan selebihnya diisi dengan minyak pelarut kelapa. Goncang untuk larutkan campuran di dalam botol. Spray kan pada tangan dan ratakan. Lakukan selang beberapa jam untuk mematikan kuman. Jangan risau!! minyak tersebut juga baik untuk kecantikan kulit uolss!

2. HAND SANITIZER GEL

25ml Aloe Vera Gel 
75ml Methylated Spirit (75% ke atas)
20 titik On Guard

Campurkan kesemua bahan di atas ke dalam botol sanitiser. Seperti biasa amalkan kekerapan sanitise tangan uollsss… Tapi kalau tiada Methylated Spirit??? camno ni?? Don't worry jom kita tengok next sharing!!

5tbsp Aloe Vera gel
4tbsp distil water (air Cuckoo or Coway)
1/4 tsp minyak Vitamin E
10 titik On Guard

Aloe Vera digaulkan Bersama Vitamin E, kemudian masukkan 10 titik minyak esen On Guard, terakhir sekali masukkan air. Gaulkan sebati, seterusnya tuangkan ke dalam bekas sanitiser. Dah buat ni kena rajin-rajin guna okay...kalau tak sia-sia jer buat macam-macam untuk protect diri chuollss… 

3. HAND SANITIZING MIST

30ml Spray bottle

5 titik Frankincense
5 titik Eucalyptus
5 titik Cinnamon Bark
5 titik Wild Orange
5 titik Clove
5 titik Rosemary
5 titik On Guard
5 titik Thyme

Masukkan kesemua titisan ke dalam botol spray dan penuhkan dengan air bersih !  


Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!! INGAT!! Jangan hanya dimanfaatkan ketika wabak dan semasa jerebu tapi untuk pelbagai tujuan seperti kita pergi melawat orang sakit, melalui kawasan tercemar, HFMD, demam, batuk dan sebagainya. #goforabetteroption

No comments:

Post a Comment

ANAKKU GDD

 Global Development Delayed  Sungguh aku hilang kesabaran dengan si abang. Dia tidak faham apa yang aku cakapkan, langsung tiada fokus dan m...