Bercuti ke luar negara tanpa anak-anak?
Pada awalnya dahulu memang agak janggal dan serba salah untuk meninggalkan anak-anak dengan emak di kampung. Akhirnya terpaksa akur walau hati meronta hiba...huhuu..
Nikmatnya bercuti berdua Bersama suami tercinta! Rasanya seperti HONEYMOON !! Jangan BABYMOON suder..haha.. Cinta kembali berputik!
Pengalaman CikSma sendiri, bersyukur kerana laluinya dengan hikmah yang besar.
1. Kembali Bercinta
Suami mahu dihormati dan diangkat seperti hero, si isteri pula hatinya lembut sentiasa dahagakan kasih saying dan perhatian. Jangan terlalu berdikari untuk menunjukkan diri anda tidak suka bergantung dengan orang lain. Sebaiknya angkat ego seorang lelaki untuk jadikan dia seorang yang penting kepada anda sekalipun hanya meminta tolongnya mengangkat beg plastic shopping! Pasti dia dengan rela hati membantu. Biar dia rasa diperlukan. Apabila kebanyakkan masa diluangkan berdua, masa tu la timbul perasaan rasa dilindungi dan disayangi. Rasa perhatian suami / isteri itu sepenuhnya ditumpukan kepada kita. Masa ni la kita nampak pasangan kita bersungguh-sungguh mahu memenuhi permintaan kita. Jauh di sudut hati kita sedar bahawa kita saling jatuh hati semula.. cehhh…
2. Rasa syukur dan menghargai
Bersyukur kerana kita masih ada pasangan dan pasangan kita masih ada di sisi kita. Kesibukan seharian dengan pekerjaan harian membuatkan hati kita berjauh dengan suami. Selalu wanita fikirkan yang suami lebih mementingkan kerjanya daripada kita. Tapi masa ni jugak la kita muhasabah.. tengok suami yang keluar duit untuk kita nak rasa makanan itu ini, nak beli itu ini dan nak jalan ke situ ke mari ke negara orang, syukurlah suami amat bertanggungjawab menyediakan keperluan kita dan sehabis boleh cuba menggembirakan kita. Sungguhpun suami jarang memberikan masanya pada kita, jangan kerana satu kekurangannya, hilang semua kebaikkannya selama itu kepada kita, siapa yang memberi kita nafkah belanja? siapa yang kerja sehingga larut malam semata mencari rezeki untuk keluarga?
3. Komunikasi lebih terbuka
Ada terkecil hati, tersinggung hatinya, luka hatinya atas perbuatan suami... ada kecurangan, ada ketidakjujuran dalam rumahtangga.. waktu inilah harus digunakan sebaik mungkin berbicara dari hati ke hati dengan suami. Isi masa berdua untuk jujur dan bersikap terbuka antara satu sama yang lain. Sesuatu anggapan kita terhadap pasangan kita, belum tentu lagi itu yang betul. Mungkin selama ini kita merasakan suami curang kerana suka melayan wanita lain, padahal jika dapat berkomunikasi dua hala, luahan pasangan mampu meleraikan kemelut yang dihadapi daripada kita asyik bersangka-sangka itu dan ini. Mungkin sebenarnya kesibukan si isteri yang menjadi penghalang suami untuk rasa disayangi. Gunakan masa bercuti sebaiknya untuk memperbaiki hubungan dan menjernihkan segala masalah lampau rumahtangga.
Perjalanan rumahtangga ini masih panjang. Sedarilah sebelum kita mengambil tindakan yang boleh membawa seribu penyesalan kepada masa depan kita, pasangan dan lebih-lebih lagi anak-anak. Anak-anak akan menghadapi trauma yang berpanjangan apabila kehilangan kasih sayang salah seorang daripada kedua ibu bapanya. Andai jalan penceraian yang diambil, tengok ke dalam mata anak-anak, apakah akan jadi pada mereka kelak? Terjaga atau terabai..
Kawan-kawan, bercutilah dengan pasangan anda walaupun sekali setahun! Setiap orang mungkin ada hidup mereka sendiri - ME TIME masing-masing tapi OUR TIME dengan suami tetap yang utama tau! Cubalah... Inshaa Allah nikmatnya adalah sebuah rasa cinta yang tak terucap. Betull... pergi tau walaupun dekat-dekat jer uols...
#ourtime
No comments:
Post a Comment