CikSma mengenali seorang kawan semasa di sekolah Menengah atas pada tahun 2002 dan hubungan kami berpatah arang pada tahun 2018. Ia lantaran suatu perselisihan 'fahaman'.
Hakikatnya sebenarnya memang hubungan itu semakin renggang dan CikSma dapat merasakannya semenjak dari beberapa tahun kebelakangan selepas dia mengalami keguguran. Pada ketika tersebut CikSma cuma beranggapan bahawa dia sedang menghadapi saat sukar kerana perlu berpindah rumah, berhenti kerja, sedikit masalah dengan suami so CikSma malas nak ganggu atau erti kata lain nak menyibuk hal rumahtangga kawan. Jika dia meluahkan CikSma sedia mendengar.
Kali terakhir kami bertemu bersua muka ketika anak kami berusia setahun sewaktu dia mengadakan rumah terbuka pada tahun 2013. CikSma faham sebagai tuan rumah mesti dia agak sibuk melayan para tetamu yang hadir. Tapi ketara perbezaan layanannya kepada CikSma dan kawan-kawannya yang lain semasa di rumahnya. Jujurnya CikSma agak berkecil hati tetapi malas diikutkan perasaan.
Perkenalan kami 16 tahun lepas bermula di dalam kelas yang CikSma sebagai pelajar baru. Dia yang menghulurkan salam perkenalan. Selama 2 tahun itu cukup rapat sehinggalah dia melanjutkan pelajaran ke Pantai Timur dan CikSma di Melaka. Pernah satu kali CikSma melawat dia di sana. Almaklumlah dia sudah ada kawan baru, maka kita pun serba salah seolah mengganggu dia dan kawan-kawan barunya pula. Kemudian, CikSma pun balik la dengan hati yang sedih.
Tahun berganti tahun… hanya WhatsApp penghubung kami. Dia seorang pelajar bidang psikologi dan penasihat yang baik. Percayalah..sekiranya kita terlalu banyak berkongsi dan meluahkan masalah, tak semua orang sudi mendengar apatah lagi membantu kita memberikan khidmat nasihat. Tak sangka apabila kita di dalam kesusahan, kawan yang baik juga menjauh. Dengan kudrat yang ada, CikSma bangkit menyelesaikan masalah sendiri dan syukur setelah semuanya kembali seperti biasa. Alhamdulilah..
Tahun 2018 yang bersejarah.. CikSma hanya bertanyakan soal traveling sahaja dan tiba-tiba dia melenting kerana CikSma mahu travel tanpa membawa anak-anak! sehingga mencampuri urusan rumahtangga dan keluarga CikSma. Masa tu masih lagi boleh pesan pada dia supaya jangan keruhkan hubungan kita begini dengan bersikap keanak-anak like that.. CikSma ada alasan sendiri tidak mahu membawa anak kecil berjalan jauh ke negara orang apatah lagi orang tua CikSma sendiri melarang dan menawarkan diri menjaga mereka lebih2 lagi merisaukan soal keselamatan cucu mereka.. tapi kecewa laa kita pula yang disalahkan sehingga terbawa-bawa sindiran ke laman sosial.
CikSma rasa sangat terhina dan ketika itu CikSma minta maaf padanya sebelum semua media penghubung baik di WhatsApp, facebook dan Instagram terus unfollow / unfriend. Biarlah orang cakap CikSma terlebih emosi dan sanggup memutuskan silaturahim tapi hakikatnya, apabila seseorang sudah melebihi hadnya dan cuba memburukkan pasangan kita. That's it! Difikir-fikirkan semula, bukan dia yang sedia membantu aku semasa bermasalah. Moralnya, tak kisahlah bagaimana erat pun hubungan kita sebagai sahabat, kena tahu batasan dalam setiap perhubungan itu. Untuk pengetahuan, sebenarnya dia sendiri juga mengaku bahawa dia cemburu kerana tidak dapat melakukan semua dengan suami secara berdua-duaan.
Kawan, jangan kerana rasa cemburu, kita menghina, menyindir dan merosakkan silaturahim kita. Membawa anak berjalan ke luar negara atau ditinggalkan, ianya subjektif (CikSma akan ulas pada posting seterusnya) dan setiap ibu bapa ada alasan tersendiri yang kita harus hormati!
Terima kasih kerana pernah menjadi kawan aku. Aku pernah sayangkan kau tapi aku tak boleh terima kau cuba burukkan orang yang aku sayang! Aku sentiasa akan kenang setiap kebaikkan kau dan aku doakan semoga kau berbahagia dengan keluarga kau selalu. Apabila ada sedikit rasa iri dalam persahabatan kita, lama-lama akan jadi toksik! Aku rasa kau pun dah tidak memerlukan aku.. Aku redha.
Lots of LOVE!
No comments:
Post a Comment