Memulakan perniagaan dengan menjadikan keluarga dan kawan-kawan sebagai target pelanggan tidaklah salah, yang salah adalah kita target bakal pelanggan yang salah! Kenapa salah?
Lazimnya apabila kita mula berbisnes, kita pun mula la mencari kawan-kawan sekolah lama di FB, rakan sekerja, jiran tetangga satu taman, keluarga dan saudara-mara sebagai prospek kita, alasannya kerana kita saling mengenali, maka lebih mudah untuk mendekati mereka bagi memasarkan produk atau perkhidmatan kita. perancangannya mungkin semuanya tampak mudah sehingga kita rasa AKAN BERJAYA meyakinkan mereka untuk membeli produk kita.
Hakikatnya, tanyalah mana-mana peniaga, itulah kesilapan sebenar kita tanpa sedar membuatkan kita tersungkur dalam perniagaan dan produk berhabuk bawah katil! Tidak semua pihak akan sudi menyokong kita..lebih menyedihkan apabila setiap mesej hanya dibalas dengan 'Blue Tick'... krikk krikk.. Lazimnya ahli keluarga dan rakan kenalan cuma akan mula nampak produk kita apabila kita sudah berjaya. So, nasihat CikSma.. nak meniaga carilah sasaran pelanggan yang betul! Bukan 1 Malaysia perlukan produk kita yaa... huhuu.. Semua orang boleh menjadi pelanggan kita tetapi hanya yang memerlukan produk kita dalam menyelesaikan masalah mereka, adalah betul-betul pelanggan kita yang sebenar!
Tahukah kenapa mereka krikk krikk??
1. FOKUS PADA MASALAH PELANGGAN
'Apakah produk anda dapat menyelesaikan masalah pelanggan dan Siapakah pelanggan anda?'
Kita tidak perlu memasarkan fakta berkenaan kandungan vitamin C, kolagen dan peratus gula di dalam produk! Di sinilah silapnya founder di mana sering bercakap berkenaan fakta produk yang sukar difahami oleh bakal pelanggan. Fokuskan pada emosi pelanggan yang mana produk kita boleh menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dan memberikan manfaat kepada pelanggan. Tumpukan terhadap VALUE yang bakal diperolehi oleh pelanggan.
2. BERGURU ATAU CARI MENTOR
Dato Dr. Azizan Osman, Tuan Najib Asaddok, Sifu Bad, dan Encik Khairul EK adalah contoh mentor perniagaan yang kita boleh jadikan sebagai guru usahawan kerana mereka telah terbukti berjaya melahirkan ramai usahawan berjaya bertaraf jutawan hari ini. Anda harus memberikan komitmen 200% jika mahu dibimbing untuk berjaya dan sedia berkorban masa, tenaga dan wang ringgit. Jangan bazirkan masa anda dengan mengulangi ilmu yang dipelajari pada zaman ortodok yang mana masih tidak mendatangkan hasil.
3. FB PAGE
Ikuti perkembangan semasa dengan memasarkan produk secara online kerana lebih ramai bakal pelanggan kita berada di alam maya berbanding yang mahu bergerak ke kedai. Bukanlah offline tidak lagi relevan sebaliknya gaya hidup manusia telah berubah. Sekiranyaa kita tidak mengikuti perkembangan semasa, kita akan ketinggalan dari banyak aspek. Facebook telah menyediakan kita satu platform target pelanggan kita, tinggal hanya kita yang kena cari ilmu untuk klik dan klik untuk memanfaatkan data FB yang tersedia untuk memulakan perniagaan.
Moga perkongsian ini bermanfaat!
No comments:
Post a Comment