MINYAK FRANKINCENSE UNTUK ANAK SLOW LEARNER
Anak CikSma mempunyai masalah lemah dalam pembelajaran (Slow Child Development). Salah satu masalah utamanya adalah lemah dalam pertuturan (speech delay), tiada fokus untuk sesuatu perkara yg dilakukan serta lemah sistem kemahiran moto kasar dan halus. Jika hendak dibandingkan dengan usianya, perkembangan otaknya adalah lewat setahun setengah daripada rakan sebayanya.
Dia adalah Big Why CikSma terlibat dengan minyak Esensial. Harapan CikSma hanya satu ketika itu, nak tengok perkembangan mindanya normal seperti kanak-kanak seusianya. Sejujurnya ibu mana yang tidak merisaukan masa depan anaknya.
“Dah banyak minyak esen CikSma beli,
Pertama kali menggunakan minyak Frankincense dan melihat peningkatan dalam kemahiran pertuturannya, CikSma sedar inilah produk yang CikSma cari-cari!
Bantu anak jadi lebih fokus untuk belajar.
Dia mula banyak bercakap. Malah cepat faham.”
Keunikan Minyak Frankincense yang perlu diketahui. Minyak Frankincense atau dikenali sebagai Kemenyan dihasilkan daripada getah pokok yang dikeringkan. Frankincense memang terkenal dengan fungsi utamanya sebagai makanan otak. Ia merupakan minyak yang diamalkan khusus untuk kecerdasan MINDA dan menguatkan DAYA INGATAN yang menjadi amalan para ilmuan setiap masa bermula zaman berzaman lagi. Namun makanan sunnah yang terbaik ini agak terpinggir zaman moden ini kerana ramai yang sudah tidak mengetahui khasiatnya.
Hasil pengalaman ramai yang telah merasai sendiri Minyak Kemenyan, tindakbalas minyak ini sangat pantas terhadap perkembangan OTAK khususnya untuk menambahkan daya fokus, daya cerdas atau berfikir, cepat menghafaz, sangat mudah untuk mengingat kembali apa yang dihafaz. Sebab itulah, anak-anak yang mengamalkan minyak ini semakin hebat menghafal dan belajar kemahiran baru!
Satu lagi fungsi minyak Frankincense ni sangat cepat merawat kestabilan emosi atau EQ. Lantaran tu, anak-anak yang mengamalkannya sangat tenang jiwanya, ceria, rajin, mudah bangun pagi, semakin minat dalam pembelajaran dan beraktiviti sosial.
CikSma akan sapu minyak di sepanjang tulang belakang (spine) kemudiannya urutan pada bahagian belakangnya bagi merangsang penyerapan minyak secara optimum. Juga diffuse minyak ini di dalam bilik tidurnya setiap malam.
Hasilnya, mereka dapat memberi lebih tumpuan dan fokus ketika belajar, bekerja dalam jangka masa yang panjang. Frankincense dapat memelihara sistem saraf yang menjadi tunjang utama bagi mekanisme kerja otak. Ia juga boleh melindungi sel otak dari rosak akibat keradangan yang terjadi.
Kesimpulannya, Frankincense bukan sahaja sejenis makanan genius yang menjadi amalan para ulama silam bahkan makanan hebat yang turut membantu meningkatkan tumpuan, menguatkan daya ingatan dan merangsang pertumbuhan sel-sel otak, selain menyumbang kepada kesihatan tubuh badan yang menyeluruh meliputi kesihatan saraf, otot, sendi tulang dan segala organ dalaman. Frankincense adalah herba yang baik untuk menyuburkan sel saraf otak.
Minyak esen adalah magik tapi ia hanya akan jadi magik apabila kita konsisten menggunakannya dengan yakin Allah menciptakan sesuatu dengan manfaat yang tertentu. CikSma amat menekankan penggunaan minyak esen secara konsisten. Peningkatan dalam komunikasi dan pemahaman dalam pelajarannya yang semakin hari semakin bertambah baik sudah cukup memberikan harapan yang amat melegakan dan menggembirakan CikSma. Itu namanya bersyukur dengan sedikit perkara kecil kerana Allah akan membantu untuk ganjaran yang seterusnya! Yang penting jangan putus asa dengan amanah yang Allah kurniakan.
.
No comments:
Post a Comment