6 TIPS MINYAK ESENSIAL DI BULAN RAMADHAN
1. PEPPERMINT / PUDINA - Memberi tenaga
Badan cepat lesu dan hilang tenaga kan di bulan Ramadhan ni? Apa kata titiskan minyak Pudina di tapak tangan, gosokkan di kedua-dua belah tangan, kemudian hidu di hidung dan mulut berselang-seli untuk merangsang rasa segar dan memberi tenaga kepada minda dan tubuh kita. Ulang lakukannya setiap 3-4 jam.
2. WILD ORANGE - Kepekaan
Apabila rasa mengantuk cepat-cepat titiskan minyak Wild Orange di tangan, gosok kedua-dua belah tangan dan bau di hidung untuk meningkatkan daya kepekaan dan membantu menghilangkan rasa mengantuk sepanjang hari berpuasa. Pada waktu yang sama, menaikkan mood dan semangat bekerja!
3. DEEP BLUE - Sakit-sakit lutut dan pinggang, melegakan penat-penat
Ramadhan adalah bulan ibadat bagi umat Islam, tetapi sakit-sakit sendi pula yang mengganggu kita untuk melakukan ibadat. Apa kata sapukan minyak Deep Blue di sendi, otot atau bahagian yang sakit. Minyak ini mampu memberikan kelegaan pada bahagian yang sakit, ketegangan urat dan lenguh-lenguh.
4. DIGESTZEN - Ketidakselesaan perut
Perut masuk angin kerana tidak makan sahur dan senak perut selepas makan dengan banyak ketika berbuka? Jangan risau! Kita ada minyak DigestZen yang memang khas untuk membantu melegakan ketidakselesaan masalah yang berkaitan dengan perut. Sapukan minyak ini di kawasan sekitar perut, pinggang dan belakang badan. Get ready untuk waktu membuang angin!! huhuu.. :)
5. IN TUNE - Fokus ibadat
Untuk lebih fokus dan konsentrasi melakukan ibadat tarawih, solat dan mengaji Al-Quran di rumah, sapukan beberapa calit minyak In Tune pada kawasan nadi tangan dan di tapak kaki untuk merangsang deria fokus kita. Inshaa Allah kita akan dapat beribadat dengan lebih khusyuk.
6. SMART & SASSY - Mengawal makanan berlebihan
Makan dan makan! Semua makanan nampak sedap dan menyelerakan sewaktu berpuasa kan? Kita akan makan dengan banyak ketika berbuka, akhirnya berat badan naik mendadak. Nak kawal selera? kenalkan minyak blend favourite CikSma untuk bantu mereka di luar sana yang nak mengawal dan menguruskan badan. Sapukan S&S di kawasan perut dan dada, aromanya akan membantu mematikan selera makan kita.
Salam Ramadhan!
Lots of LOVE, Jom perbanyakkan pahala ibadah!
No comments:
Post a Comment