6 TIPS MINYAK ESENSIAL DI BULAN SYAWAL
Selamat Hari Raya!!
CikSma nak share kan beberapa tips minyak esen yang kita boleh gunakan di bulan Syawal.
1. LEMON - Agen pembersih rumah
Lemon memang terkenal sebagai agen pembersih bauan rumah no. 1. Nak menyambut tetamu di rumah? Jangan lupa diffuse lemon di ruang tamu, aromanya akan meghilang dan membersihkan bauan yang tidak enak di dalam rumah. Pada masa yang sama bauan lemon pasti akan menceriakan para tetamu yang datang beraya.
2. LAVENDER - Menenangkan
Masalah nak cari pewangi rumah? Jangan susah hati! Diffuse jerh Lavender di ruang tamu akan mewujudkan satu aroma sebagai pewangi rumah yang menenangkan para tetamu. Korang pasti seronok tengok tetamu yang hadir akan rasa lebih relaxing dan menikmati jamuan di rumah anda dengan tenang. Anak-anak tetamu juga akan lebih 'behave'. Pasti selepas pulang ada yang memuji rumah anda yang wangi! Gembira kan??
3. TEA TREE - Membunuh kuman
Titiskan beberapa titik Tea Tree ke dalam botol penyembur air untuk membersihkan permukaan dapur atau meja makan untuk membunuh kuman dan mengelakkan jangkitan bakteria kepada keluarga dan tetamu yang hadir.
4. FRANKINCENSE - Mencantikkan kulit kusam
Pastikan wajah kita cantik di hari Syawal dengan mengamalkan minyak Frankincense. Frankincense selamat digunakan ke atas kulit wajah. Sapukan pada seluruh wajah atau bahagian yang bermasalah seperti untuk menghilangkan kesan hitam jerawat, mengecilkan pori-pori wajah atau kulit kusam. Inshaa Allah kulit akan lebih sihat dan berseri-seri di pagi Syawal. Pasti akan ada yang bertanya apakah rahsia kecantikan anda!
5. ELEVATION - Kekal segar dan ceria
Aktiviti ziarah menziarahi di hari Raya memang menyeronokkan. Korang boleh diffuse Elevation di dalam kereta atau inhale jer bauan ni untuk merangsang deria dan mood kita untuk kekal segar dan ceria seharian beraya. CikSma panggil Elevation ni 'Happy Oil'.
6. On Guard - Imunisasi diri
Jangan lupa diffuse dan sapukan On Guard kepada diri anda dan keluarga terutamanya anak-anak untuk menguatkan imunisasi mereka. Manalah tahu bukan kita kepenatan berjalan ke sana ke sini, dan sentuh macam-macam tidak menjaga kebersihan diri akan mudah dijangkiti kuman. On Guard membantu membunuh kuman dan menguatkan sistem daya tahan imun anak-anak.
Salam Syawal!
Lots of LOVE.
No comments:
Post a Comment