Saturday, May 9, 2020

Minyak esensial dan kemurungan

MINYAK ESENSIAL TERBARU DI MALAYSIA (APRIL 2020)

ADAPTIVE



Cananga Instagram posts - Gramho.com



Adaptive terdiri daripada beberapa jenis adunan ataupun campuran minyak Lavender, Magnolia, Neroli, Sweetgum, Copaiba dan Rosemary yang membantu melegakan tekanan, manakala Wild Orange dan Spearmint pula berperanan untuk memberikan tenaga dan meningkatkan semangat. 

Siapa perlukan ADAPTIVE? 
Anda yang mudah diselubungi rasa cemas, bimbang dan tertekan secara drastic apabila terancam dengan keadaan sekeliling? Atau anda menghadapi masalah kemurungan yang kritis?

Anda perlu menggunakan... 

1. Sebagai alat untuk membantu tubuh dan minda tetap seimbang ketika situasi persekitaran agak tertekan.  

2. Membantu menguruskan kesan tekanan dan perasaan cemas. 

3. Menimbulkan perasaan selamat dan merasai emosi yang lebih terkawal.

Cara aplikasi:

1. Sapukan pada titik nadi atau pergelangan tangan untuk membantu perasaan yang seimbang.
2. Urutkan pada bahu dan tengkuk untuk meredakan ketegangan dan melegakan keletihan.
3. Titiskan setitik di tapak tangan, gosok kedua-dua belah tangan bersama-sama dan sedut bauannya dalam-dalam apabila diperlukan sepanjang hari.
4. Diffuse kan di dalam rumah untuk rasa ketenangan.


CANANGA @ MINYAK KENANGA

Cananga dan Ylang-Ylang mempunyai persamaan dalam bentuk dan bunganya tetapi berbeza dari segi bau dan komposisi aromatik masing-masing. Aromatik dan bauan Ylang-Ylang adalah lebih kuat berbanding dengan bunga Cananga. Bunga Ylang-Ylang juga lebih berwarna kekuningan pekat, manakal Cananga bunga lebih kuning kehijauan.

Manfaat:

1. Menaikkan mood secara semulajadi.
2. Menenangkan nervous system kita yang mudah cemas dan tertekan yang terjadi secara tiba-tiba.
3. Mengurangkan masalah komplikasi warna kulit tidak sekata.
4. Boleh dijadikan perfume semulajadi!

Cara Aplikasi:
1. Diffuse di rumah atau inhale di tapak tangan setiap 4 jam untuk merangsang rasa tenang.
2. Tambahkan 2-3 titik ke dalam mandian tab untuk menaikkan mood dan relaxing.
3. Campurkan beberapa titik Cananga Bersama minyak pelarut kelapa untuk mengurangkan mencerahkan masalah warna kulit

RAVINTSARA

Manfaat:
1. Sejenis herba yang banyak digunakan dalam aktiviti mengurut.
2. Agen pembersihan permukaan 
2. Menyokong sistem pernafasan dan imuniti daya tahan tubuh badan
3. Membantu melegakan batuk 


Cara Aplikasi:
1. Difuse kan di dalam bilik untuk menimbulkan rasa kesegaran aroma herba.
2. Campurkan bersama beberapa titik Pelarut minyak kelapa untuk sesi urutan yang menenangkan.
3. Tambahkan beberapa titik ke dalam botol penyembur bersama air dan semburkan untuk membersihkan permukaan atau tangan. 

Di sini, CikSma nak kongsikan juga macam mana CikSma gunakan Ravintsara sebagai alat bantu pernafasan kerana masalah resdung ni kadang-kala terganggu tidak kira masa kan.. So CikSma akan titiskan 10 titik Ravintsara dan 5 titik Peppermint ke dalam Nasal Inhaler. Sedut bauannya apabila rasa kesukaran untuk bernafas atau boleh dijadikan sebagai inhaler peribadi untuk membantu nervous sistem kita untuk lebih relaxing sepanjang hari! I love Ravintsara!!


Boleh dapatkan hari ini di website www.mydoterra.com/asmaharyati



Sunday, May 3, 2020

Minyak Esensial untuk bulan Syawal

6 TIPS MINYAK ESENSIAL DI BULAN SYAWAL

Selamat Hari Raya!!

CikSma nak share kan beberapa tips minyak esen yang kita boleh gunakan di bulan Syawal.

1. LEMON - Agen pembersih rumah

Lemon memang terkenal sebagai agen pembersih bauan rumah no. 1. Nak menyambut tetamu di rumah? Jangan lupa diffuse lemon di ruang tamu, aromanya akan meghilang dan membersihkan bauan yang tidak enak di dalam rumah. Pada masa yang sama bauan lemon pasti akan menceriakan para tetamu yang datang beraya.

2. LAVENDER - Menenangkan

Masalah nak cari pewangi rumah? Jangan susah hati! Diffuse jerh Lavender di ruang tamu akan mewujudkan satu aroma sebagai pewangi rumah yang menenangkan para tetamu. Korang pasti seronok tengok tetamu yang hadir akan rasa lebih relaxing dan menikmati jamuan di rumah anda dengan tenang. Anak-anak tetamu juga akan lebih 'behave'. Pasti selepas pulang ada yang memuji rumah anda yang wangi! Gembira kan??

3. TEA TREE - Membunuh kuman

Titiskan beberapa titik Tea Tree ke dalam botol penyembur air untuk membersihkan permukaan dapur atau meja makan untuk membunuh kuman dan mengelakkan jangkitan bakteria kepada keluarga dan tetamu yang hadir.

4.  FRANKINCENSE - Mencantikkan kulit kusam

Pastikan wajah kita cantik di hari Syawal dengan mengamalkan minyak Frankincense. Frankincense selamat digunakan ke atas kulit wajah. Sapukan pada seluruh wajah atau bahagian yang bermasalah seperti untuk menghilangkan kesan hitam jerawat, mengecilkan pori-pori wajah atau kulit kusam. Inshaa Allah kulit akan lebih sihat dan berseri-seri di pagi Syawal. Pasti akan ada yang bertanya apakah rahsia kecantikan anda!

5. ELEVATION - Kekal segar dan ceria

Aktiviti ziarah menziarahi di hari Raya memang menyeronokkan. Korang boleh diffuse Elevation di dalam kereta atau inhale jer bauan ni untuk merangsang deria dan mood kita untuk kekal segar dan ceria seharian beraya. CikSma panggil Elevation ni 'Happy Oil'.

6. On Guard - Imunisasi diri

Jangan lupa diffuse dan sapukan On Guard kepada diri anda dan keluarga terutamanya anak-anak untuk menguatkan imunisasi mereka. Manalah tahu bukan kita kepenatan berjalan ke sana ke sini, dan sentuh macam-macam tidak menjaga kebersihan diri akan mudah dijangkiti kuman. On Guard membantu membunuh kuman dan menguatkan sistem daya tahan imun anak-anak.

Salam Syawal!
Lots of LOVE.

Minyak Esensial untuk bulan Ramadhan

6 TIPS MINYAK ESENSIAL DI BULAN RAMADHAN


1. PEPPERMINT / PUDINA - Memberi tenaga


Badan cepat lesu dan hilang tenaga kan di bulan Ramadhan ni? Apa kata titiskan minyak Pudina di tapak tangan, gosokkan di kedua-dua belah tangan, kemudian hidu di hidung dan mulut  berselang-seli untuk merangsang rasa segar dan memberi tenaga kepada minda dan tubuh kita. Ulang lakukannya setiap 3-4 jam.  




2. WILD ORANGE - Kepekaan


Apabila rasa mengantuk cepat-cepat titiskan minyak Wild Orange di tangan, gosok kedua-dua belah tangan dan bau di hidung untuk meningkatkan daya kepekaan dan membantu menghilangkan  rasa mengantuk sepanjang hari berpuasa. Pada waktu yang sama, menaikkan mood dan semangat bekerja!


3. DEEP BLUE - Sakit-sakit lutut dan pinggang, melegakan penat-penat


Ramadhan adalah bulan ibadat bagi umat Islam, tetapi sakit-sakit sendi pula yang mengganggu kita untuk melakukan ibadat. Apa kata sapukan minyak Deep Blue di sendi, otot atau bahagian yang sakit. Minyak ini mampu memberikan kelegaan pada bahagian yang sakit, ketegangan urat dan lenguh-lenguh. 




4. DIGESTZEN - Ketidakselesaan perut


Perut masuk angin kerana tidak makan sahur dan senak perut selepas makan dengan banyak ketika berbuka? Jangan risau! Kita ada minyak DigestZen yang memang khas untuk membantu melegakan ketidakselesaan masalah yang berkaitan dengan perut. Sapukan minyak ini di kawasan sekitar perut, pinggang dan belakang badan. Get ready untuk waktu membuang angin!! huhuu.. :)


5. IN TUNE - Fokus ibadat


Untuk lebih fokus dan konsentrasi melakukan ibadat tarawih, solat dan mengaji Al-Quran di rumah, sapukan beberapa calit minyak In Tune pada kawasan nadi tangan dan di tapak kaki untuk merangsang deria fokus kita. Inshaa Allah kita akan dapat beribadat dengan lebih khusyuk. 


6. SMART & SASSY - Mengawal makanan berlebihan


Makan dan makan! Semua makanan nampak sedap dan menyelerakan sewaktu berpuasa kan? Kita akan makan dengan banyak ketika berbuka, akhirnya berat badan naik mendadak. Nak kawal selera? kenalkan minyak blend favourite CikSma untuk bantu mereka di luar sana yang nak mengawal dan menguruskan badan. Sapukan S&S di kawasan perut dan dada, aromanya akan membantu mematikan selera makan kita. 

Salam Ramadhan!
Lots of LOVE, Jom perbanyakkan pahala ibadah!

ANAKKU GDD

 Global Development Delayed  Sungguh aku hilang kesabaran dengan si abang. Dia tidak faham apa yang aku cakapkan, langsung tiada fokus dan m...