Friday, June 12, 2020

Kaedah mendidik anak 'Child Slow Developmental'

CikSma tiada certification daripada latar belakang pendidikan kanak-kanak, perkongsian ini semata-mata berdasarkan pengalaman parenting. Ini adalah beberapa idea dan cara didikan yang CikSma lakukan kepada Mika. Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada ibu bapa di luar sana yang turut mempunyai masalah anak-anak sepertimana CikSma:

1. Disiplin 
Jangan disiplikan mereka secara drastik dibimbangi akan membuatkan mereka mudah tertekan, lakukan secara berperingkat. Jika 'overload' itu yang sebenarnya akan membebankan neuro mereka.

2. Ganjaran
Berilah ganjaran walau sekecil-kecil gula-gula supaya mereka terangsang untuk melakukan sesuatu dengan terbaik. Reward itu sangat penting ya untuk anak-anak seperti ini.

3. Pergerakkan
Jangan kawal pergerakkan mereka semasa belajar untuk kekal duduk diam kerana mereka cenderung mempunyai tenaga yang terlalu banyak dalam diri mereka yang perlu dilepaskan. Sabar dan biarkan mereka merenggang otot seketika. 

4. Perhatikan kelebihan 
Kalau anak-anak jenis cepat mengingat, tumpukan kaedah pembelajaran mereka kepada menghafaz. Jika suka seni lukis, dorongkan mereka secara langsung kepada minat tersebut dengan enrol kelas seni.

5. Kata-kata motivasi & pujian
Usai membaca buku misalnya, terus beritahu mereka yang mereka telah melakukan sesuatu yang baik, jika diteruskan akan dapat membaca dengan lebih lancar. Jangan sesekali memberikan tekanan berlebihan.

6. Arahan yang jelas dan satu persatu
Kongsikan jadual untuk esok hari sebelum tidur supaya mereka lebih bersedia dan mengelakkan mereka tantrum apabila tiba-tiba disuruh membuat sesuatu aktiviti. Ingatkan mereka bahawa kita sudah bincangkan malam tadi bukan.. Misalnya,esok bangun tidur, terus pergi mandi kemudian sarapan dan membaca buku.

7. Jangan berikan tekanan yang melampau
Anak-anak ini sukar untuk multitasking, neuro mereka sukar untuk memproses dengan cepat. Sebaiknya berikan arahan sehala dan beransur-ansur 2 arahan dan seterusnya.

8. Rehat dan rehat
Jangan marah jika anak-anak ini lebih banyak take 5 berbanding anak normal kerana mereka perlukan suatu aktiviti untuk menambah tenaga mereka seperti melompat, memanjat.. Kalau perlu sebaiknya selepas 5 minit membaca buku misalnya, beri masa 5 minit mereka bermain, kemudian sambung semula membaca buku dan seterusnya. 

9. Pelukan
Pelukkan mampu merangsang pelbagai hormon dan menguatkan kasih sayang antara anak-parents. Anak akan rasa dihargai dan disokong oleh seseorang yang merek sayangi.

10. Minyak esensial
Minyak Esensial adalah alternatif yang berasaskan pati tumbuh-tumbuhan. Ia hanya membantu melegakan dan menenangkan anak-anak, bukan merawat atau menyembuhkan diagnosis mereka ya.. Setiap minyak esensial ada kelebihan masing-masing dan perlu konsisten digunakan kepada anak-anak.

Walau bagaimanapun, CikSma nak pesan satu jer, jangan paksa anak-anak untuk fokus tapi sesekali boleh remindkan dia supaya kita dapat mewujudkan satu awareness secara beransur-ansur.

No comments:

Post a Comment

ANAKKU GDD

 Global Development Delayed  Sungguh aku hilang kesabaran dengan si abang. Dia tidak faham apa yang aku cakapkan, langsung tiada fokus dan m...