Mendidik anak-anak zaman milenium digital ini amatlah mencabar. CikSma ada 2 orang anak lelaki yang mana tahap kecekapan setiap seorang adalah berbeza. Si abang namanya, Mika berusia 8 tahun seorang yang agak lambat pemahamannya, manakala si adik, Naqi namanya berusia 6 tahun seorang yang cekap. Dari aspek pembelajaran, si abang ketara kinestetik dan adik lebih banyak menggunakan kaedah auditori.
Apabila ada kekurangan kepada salah seorang anak kita, jangan mudah berputus asa dan menyalahkan takdir apatah lagi mengurangkan kasih sayang antara kedua-duanya. Tipulah CikSma tidak pernah memilih kasih kerana lebih mudah berkomunikasi dengan si adik. Apabila memberi arahan dengan si abang pula selalu blur dan tidak faham. Sehingga akhirnya CikSma lebih banyak bergantung harap pada si adik. Pada satu hari Tuhan nak tunjuk, CikSma perasan yang si adik cuba mengajar abang cara menggunakan remote control TV. Cara dia mengajar dengan penuh sabar dan lemah lembut menyentuh hati kita laa kan sebagai ibu. Bagaimana seorang adik lebih memahami abangnya, gunakan kaedah ayat ulang dan ulang sebagai cara untuk mengajar abangnya malah amat sabar mengawal emosi walau entah beberapa kali abangnya sukar memahami apa yang dikatakannya.
Malunya CikSma.. Kenapa aku tidak sabar sedikit pun dalam mendidik dia. Suami juga perasaan akan perbezaan layanan dengan si abang, selalu ingatkan CikSma betapa istimewanya si abang kerana di sebalik kelemahannya hatinya baik sebab selalu patuh dengan kata-kata ibu. Sering dimarah tetapi tetap datang pada kita meminta izin untuk memeluk kita.
CikSma juga ada la berkawan dengan bergaul dengan beberapa orang parents autism dan anak OKU, berkongsi pengalaman mereka dalam mendidik anak-anak. Jujurnya CikSma terharu dengan kesabaran mereka melayani kerenah anak istimewa. Anak adalah amanah Allah, CikSma sepatutnya beruntung kerana masalah si abang bukanlah sebesar mana jika hendak dibandingkan dengan anak-anak syurga kawan-kawan. Anak CikSma cuma didiagnos sebagai 'poor child development' yang mana lemah dari segi fokus dan kemahiran motor. Dia masih kecil dan masih boleh dibantu melalui sokongan dan terapi.
Itu kisah 3 tahun lepas. Harini CikSma bangga dengan perkembangan si abang yang semakin bijak. Bab kasih sayang adalah kekuatan utama untuk merangsang deria anak-anak. Konsisten dalam mendisiplinkan dan sentiasa bercakap dengannya kata-kata yang memotivasikan. Apabila kita memiliki anak-anak yang bermasalah, sokongan ahli keluarga paling penting, semua pihak mainkan peranan utama saling bantu membantu. Inshaa Allah.. Anak-anak adalah saham akhirat kita. Kalau bukan kita yang mendidiknya siapa lagi.
No comments:
Post a Comment