Sunday, June 7, 2020

Gadis Kampung

Nama aku Asma Haryati, dipanggil Asma atau Asha di kalangan rakan-rakan dan Melati sebagai nama manja keluarga. Lahir pada tahun 1984. CikSma berasal dari sebuah kampung kecil di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. CikSma anak sulung dari 5 beradik yang terdiri daripada 3 perempuan dan 2 lelaki. 

Berlatar belakang keluarga yang daripada golongan pertengahan, Abah mengambilalih perniagaan keluarga sepenuhnya daripada arwah atuk dengan menjalankan perniagaan kedai runcit, jual beli getah skrap dan sewa kenderaan dan permit untuk lori, bas dan teksi sebagai mata pencarian keluarga kami. Emak pula adalah orang kuat yang membantu menguruskan perniagaan abah semenjak mereka berkahwin.

Pada usia 5 tahun dah bersekolah di Tadika Kemas yang hanya 2 minit dari teres kedai runcit. Kemudiannya menyambung darjah 1 di pekan Kuala Pilah, Sek. Ren. Jenis Keb. (C) Chung Hua dan seterusnya Sek. Men. Keb. Chung Hua. Dengan keputusan SPM yang agak baik, akhirnya berjaya menempatkan diri untuk kemasukkan ke tingkatan 6 di Sek. Men. Keb. Tuanku Muhammad. 2 tahun kemudian melanjutkan pelajaran ke IPTS Kolej Yayasan Mara Melaka selama 3 tahun pengajian untuk Ijazah SarjanaMuda Pengajian Perniagaan kerjasama dengan Universiti Utara Malaysia.   

Dari segi pengalaman kerja, bermula sebagai jurujual pakaian di Butik FongChu Pekan Kuala Pilah sementara menunggu keputusan SPM. Sewaktu cuti semester pula pernah bekerja di kedai makan sebagai pelayan, pembantu akauntan di sebuah pusat membeli-belah dan pembantu kantin. Tamat pengajian, CikSma mengikut beberapa orang rakan sekuliah untuk menjalani latihan praktikal di Afamosa Melaka yang mana kami ditempatkan based di Kuala Lumpur untuk bahagian operasi unit Sales & Marketing dengan asrama disediakan.

Selesai praktikal, CikSma mendapat pekerjaan sebagai Retail Assistant dan Cashier di Butik terkemuka Zara Pavilion, kemudian Call Centre Executive di Genting Highland Bhd, seterusnya beralih kerja sebagai RHB Call Centre Officer selama 2 tahun. Pekerjaan terkhir di Great Eastern Life Ass. (M) Bhd sebagai Senior Executive, tahun ke 5 dinaikkan pangkat kepada Assistant Manager. Setelah 7 tahun 8 bulan mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi menumpukan perhatian kepada keluarga dan perniagaan online.

CikSma telah mendirikan rumahtangga pada tahun 2011 dengan suami yang berasal dari Gombak, Kuala Lumpur dan terus menetap di Petaling Jaya sehingga ke hari ini. Dikurniakan 2 orang anak lelaki masing-masing pada tahun 2012 dan 2014. Kini sedang mengusahakan perniagaan atas talian sebagai penasihat minyak Esensial doterra Malaysia hampir 3 tahun.

No comments:

Post a Comment

ANAKKU GDD

 Global Development Delayed  Sungguh aku hilang kesabaran dengan si abang. Dia tidak faham apa yang aku cakapkan, langsung tiada fokus dan m...