Siapa sini yang dia atau ahli keluarganya yang selalu ada masalah sakit-sakit badan? Fizikal tubuh rasa tidak selesa setelah melakukan aktiviti dalam atau luar rumah? Ada yang tengah mencari solusi alami minyak urut yang boleh dibawa ke tanah suci untuk memudahkan mengerjakan ibadat? Jangan risau, uolss berada di blog yang betul! Teruskan membaca...
Deep Blue mempunyai aroma dingin. Antara kebaikkan Deep Blue membantu melegakan :
1. sakit belikat
2. lenguh bahagian badan
3. kesan lebam biru
4. sakit bahu dan tengkuk
5. Arthritis
6. sakit sendi
7. sakit otot
8. sakit kepala
9. kekejangan
10. sakit tulang
Cara menggunakan yang mudah iaitu dengan menyapukan minyak pada bahagian belakang badan, telapak tangan, bahu, tengkuk, leher, tapak kaki, sendi, lutut, betis dan tempat yang sakit. Untuk ahli sukan (atlet, kaki gym, pendaki gunung, pelari sebagainya) sapukan sebelum dan selepas membuat aktiviti bagi mengelakkan kekejangan otot. Sementara itu untuk kanak-kanak harus digunakan bersama campuran minyak pelarut kelapa kerana kulit mereka amat sensitif dan mengekang sebarang tindakbalas alergik.
Disarankan untuk mereka yang mahu mengerjakan umrah agar dapat menjalankan semua ibadat dengan lebih lancar. Selain itu ia juga boleh dijadikan sebagai minyak urut yang sentiasa bersedia di dalam tas tangan anda untuk digunakan apabila diperlukan.
Apakah perbezaan antara Deep Blue 5ml, Deep Blue Roll On, Deep Blue Touch & Deep Blue Rub?
Deep Blue 5ml adalah esen yang mempunyai kandungan gabungan minyak Wintergreen, Camphor, Peppermint, Ylang Ylang, Helichrysum, Blue Tansy, Blue Chamomile dan Osmanthus untuk mendapatkan kesan manfaat yang optimum.
Deep Blue Roll On mempunyai kandungan esen yang sama sepertima Deep Blue 5ml, cuma ia dikeluarkan dalam bentuk botol 10ml.
Deep Blue Touch juga dikeluarkan dalam bentuk botol minyak 10ml yang mana telah dicampurkan bersama dengan Pelarut minyak kelapa. Sesuai untuk penggunaan mereka yang berkulit sensitif dan kanak-kanak.
Deep Blue Rub pula dikeluarkan dalam bentuk krim.
Sebarang pertanyaan? CikSma sedia membantu:
WhatsApp : www.wasap.my/60136751079
Follow Instagram : asmaharyati.wellness
FB Page : AsmaHaryati Wellness
Monday, March 23, 2020
Saturday, March 21, 2020
Minyak Esen sebagai solusi alternatif
Minyak esen adalah salah satu alternatif untuk CikSma menyeru kepada masyarakat hari ini untuk menukar gaya hidup kita yang lebih selamat. Pencemaran dan toksik di dalam rumah seperti pencuci lantai, cat, pencuci kain, pewangi dan juga produk kosmetik yang kita gunakan dalam seharian tidak lari daripadanya. Anda mungkin tidak nampak kesan buruknya terhadap kesihatan hari ini tetapi impaknya adalah untuk masa jangka panjang yang menjejaskan sistem tubuh badan kita seperti risiko kanser. Beralihlah kepada solusi kehidupan secara alami demi kesejahteraan hidup kita dan keluarga tersayang.
Namun CikSma sedar, masih ramai yang bersikap ragu-ragu. Banyak persoalan yang CikSma terima.. Kelaziman persoalan yang sering dipersoalkan oleh masyarakat adalah:
1. Apakah itu minyak esen?
2. Adakah minyak esen itu betul-betul selamat?
3. Kenapa minyak esen mahal? Di pasaran lebih murah lebih baik beli di luar..
4. Bagaimana nak tahu penggunaan minyak esen ini benar-benar terjamin keberkesanan?
5. Adakah pengguna minyak esen menidakkan perubatan konvensional?
Minyak esen berasaskan tumbuhan di alam semulajadi. Minyak esen yang sebenar adalah 100% asli tanpa kandungan sintetik sepertimana yang banyak terjual di stall yang boleh didapati di dalam mall hari ini, sebab itu ia boleh dijual dengan harga yang lebih murah. Pemprosesan minyak esen melalui kaedah yang kompleks bagi menjamin kualitinya dan disebabkan demikian ianya mahal. Penggunaan minyak esen yang selamat adalah tidak memudaratkan kulit kita sebaliknya ia membantu membaikpulih seperti luka. Keberkesanan sesuatu minyak adalah bergantung kepada cara konsistensi kita menggunakan, barulah kita dapat merasakan kebaikannya. Minyak esen adalah alternatif selain daripada perubatan konvensional yang tetap relevan mempunyai keperluan dan manfaat tersendiri.
Ada soalan dan mahukan kepastian? Sekiranya anda ada sebarang persoalan yang memerlukan kepastian, boleh terus berhubung dengan CikSma di talian di bawah:
www.wasap.my/60136751079/doterra
Namun CikSma sedar, masih ramai yang bersikap ragu-ragu. Banyak persoalan yang CikSma terima.. Kelaziman persoalan yang sering dipersoalkan oleh masyarakat adalah:
1. Apakah itu minyak esen?
2. Adakah minyak esen itu betul-betul selamat?
3. Kenapa minyak esen mahal? Di pasaran lebih murah lebih baik beli di luar..
4. Bagaimana nak tahu penggunaan minyak esen ini benar-benar terjamin keberkesanan?
5. Adakah pengguna minyak esen menidakkan perubatan konvensional?
Minyak esen berasaskan tumbuhan di alam semulajadi. Minyak esen yang sebenar adalah 100% asli tanpa kandungan sintetik sepertimana yang banyak terjual di stall yang boleh didapati di dalam mall hari ini, sebab itu ia boleh dijual dengan harga yang lebih murah. Pemprosesan minyak esen melalui kaedah yang kompleks bagi menjamin kualitinya dan disebabkan demikian ianya mahal. Penggunaan minyak esen yang selamat adalah tidak memudaratkan kulit kita sebaliknya ia membantu membaikpulih seperti luka. Keberkesanan sesuatu minyak adalah bergantung kepada cara konsistensi kita menggunakan, barulah kita dapat merasakan kebaikannya. Minyak esen adalah alternatif selain daripada perubatan konvensional yang tetap relevan mempunyai keperluan dan manfaat tersendiri.
Ada soalan dan mahukan kepastian? Sekiranya anda ada sebarang persoalan yang memerlukan kepastian, boleh terus berhubung dengan CikSma di talian di bawah:
www.wasap.my/60136751079/doterra
Home Essential Kit doTERRA
BERMINAT MENJADIKAN MINYAK ESEN SEBAGAI GAYA HIDUP MODEN ANDA?
KIT ENROLMEN TERBAIK PALING LARIS !!
****************************************
Perbezaan membeli Retail & harga ahli:
15ml Lemon - R=RM67 | W=RM50
15ml Lavender - R=RM140 | W=RM105
15ml Frankincense - R=RM413 | W=RM 310
15ml Easy Air - R=RM133 | W=RM100
15ml Peppermint - R=RM133 | W=RM100
15ml Tea Tree - R=RM128 | W=RM96
15ml On Guard - R=RM207 | W=RM155
15ml Oregano - R=RM133 | W=RM100
15ml DigestZen - R=RM200 | W=RM150
5ml Deep Blue - R=RM200 | W=RM150
Pelarut FCO - R=RM73 | W=RM55
Petal Diffuser - R=RM285 | W=RM214
Yuran keahlian RM132
Retail Price : RM 2244 | Wholesale / Member Price : 1717
TAPI KINI CUMA RM1300 SAHAJA!!
JIMAT 42% DARI HARGA RETAIL!!
WOWWWW...JIMATNYER !!
BAYAR HARGA UNTUK MINYAK ESEN SAHAJA!
PERCUMA PETAL DIFFUSER !
PERCUMA PELARUT FCO !
PERCUMA YURAN KEAHLIAN !
Special FREEGIFT dari asmadotera!
PERHATIAN!! PEMBELIAN UNTUK HOME ESSENTIAL KIT HANYA DIBENARKAN SEMASA ENROLMEN KEAHLIAN UNTUK PEMBELIAN KALI PERTAMA SAHAJA!
Jangan bertangguh untuk bertukar kepada produk alami sebagai solusi dalam kehidupan. Contact CikSma hari ni.
Whatsapp : www.wasap.my/60136751079/essentialkit
Follow ig : www.instagram.com/asma.haryati
Like Page : www.facebook.com/asmaharyatiwellness
Bertambah cinta selepas bercuti dengan pasangan !!
Bercuti ke luar negara tanpa anak-anak?
Pada awalnya dahulu memang agak janggal dan serba salah untuk meninggalkan anak-anak dengan emak di kampung. Akhirnya terpaksa akur walau hati meronta hiba...huhuu..
Nikmatnya bercuti berdua Bersama suami tercinta! Rasanya seperti HONEYMOON !! Jangan BABYMOON suder..haha.. Cinta kembali berputik!
Pengalaman CikSma sendiri, bersyukur kerana laluinya dengan hikmah yang besar.
1. Kembali Bercinta
Suami mahu dihormati dan diangkat seperti hero, si isteri pula hatinya lembut sentiasa dahagakan kasih saying dan perhatian. Jangan terlalu berdikari untuk menunjukkan diri anda tidak suka bergantung dengan orang lain. Sebaiknya angkat ego seorang lelaki untuk jadikan dia seorang yang penting kepada anda sekalipun hanya meminta tolongnya mengangkat beg plastic shopping! Pasti dia dengan rela hati membantu. Biar dia rasa diperlukan. Apabila kebanyakkan masa diluangkan berdua, masa tu la timbul perasaan rasa dilindungi dan disayangi. Rasa perhatian suami / isteri itu sepenuhnya ditumpukan kepada kita. Masa ni la kita nampak pasangan kita bersungguh-sungguh mahu memenuhi permintaan kita. Jauh di sudut hati kita sedar bahawa kita saling jatuh hati semula.. cehhh…
2. Rasa syukur dan menghargai
Bersyukur kerana kita masih ada pasangan dan pasangan kita masih ada di sisi kita. Kesibukan seharian dengan pekerjaan harian membuatkan hati kita berjauh dengan suami. Selalu wanita fikirkan yang suami lebih mementingkan kerjanya daripada kita. Tapi masa ni jugak la kita muhasabah.. tengok suami yang keluar duit untuk kita nak rasa makanan itu ini, nak beli itu ini dan nak jalan ke situ ke mari ke negara orang, syukurlah suami amat bertanggungjawab menyediakan keperluan kita dan sehabis boleh cuba menggembirakan kita. Sungguhpun suami jarang memberikan masanya pada kita, jangan kerana satu kekurangannya, hilang semua kebaikkannya selama itu kepada kita, siapa yang memberi kita nafkah belanja? siapa yang kerja sehingga larut malam semata mencari rezeki untuk keluarga?
3. Komunikasi lebih terbuka
Ada terkecil hati, tersinggung hatinya, luka hatinya atas perbuatan suami... ada kecurangan, ada ketidakjujuran dalam rumahtangga.. waktu inilah harus digunakan sebaik mungkin berbicara dari hati ke hati dengan suami. Isi masa berdua untuk jujur dan bersikap terbuka antara satu sama yang lain. Sesuatu anggapan kita terhadap pasangan kita, belum tentu lagi itu yang betul. Mungkin selama ini kita merasakan suami curang kerana suka melayan wanita lain, padahal jika dapat berkomunikasi dua hala, luahan pasangan mampu meleraikan kemelut yang dihadapi daripada kita asyik bersangka-sangka itu dan ini. Mungkin sebenarnya kesibukan si isteri yang menjadi penghalang suami untuk rasa disayangi. Gunakan masa bercuti sebaiknya untuk memperbaiki hubungan dan menjernihkan segala masalah lampau rumahtangga.
Perjalanan rumahtangga ini masih panjang. Sedarilah sebelum kita mengambil tindakan yang boleh membawa seribu penyesalan kepada masa depan kita, pasangan dan lebih-lebih lagi anak-anak. Anak-anak akan menghadapi trauma yang berpanjangan apabila kehilangan kasih sayang salah seorang daripada kedua ibu bapanya. Andai jalan penceraian yang diambil, tengok ke dalam mata anak-anak, apakah akan jadi pada mereka kelak? Terjaga atau terabai..
Kawan-kawan, bercutilah dengan pasangan anda walaupun sekali setahun! Setiap orang mungkin ada hidup mereka sendiri - ME TIME masing-masing tapi OUR TIME dengan suami tetap yang utama tau! Cubalah... Inshaa Allah nikmatnya adalah sebuah rasa cinta yang tak terucap. Betull... pergi tau walaupun dekat-dekat jer uols...
#ourtime
Friday, March 20, 2020
DIY : Sanitiser Tangan
Penjagaan kebersihan diri itu sentiasa penting bagi memastikan kita tidak mudah jatuh sakit, apatah lagi hari ini udara yang kita hirup tidak lagi bersih akibat pencemaran udara dan lebih teruk lagi adalah jerebu. Penularan pelbagai penyakit yang disebabkan daripada bakteria dan virus juga menjadi wabak yang masih tiada penawar! Lantaran itu, di sini CikSma nak kongsikan beberapa tips mudah untuk membuat sanitiser tangan baik gel, spray atau mist dengan hanya menggunakan minyak esen serta beberapa produk yang mudah didapati di Guardian atau Watson.
1. HAND SANITIZER SPRAY
10ml Spray bottle
10 titik OnGuard / protection blend
10 titik Frankincense / minyak kemenyan
10 titik Thyme
10 titik Tea Tree
10 titik Rosemary
10 titik Wild Orange
10 titik Lemon
Titiskan kesemua campuran minyak di atas ke dalam botol spray dan selebihnya diisi dengan minyak pelarut kelapa. Goncang untuk larutkan campuran di dalam botol. Spray kan pada tangan dan ratakan. Lakukan selang beberapa jam untuk mematikan kuman. Jangan risau!! minyak tersebut juga baik untuk kecantikan kulit uolss!
2. HAND SANITIZER GEL
25ml Aloe Vera Gel
75ml Methylated Spirit (75% ke atas)
20 titik On Guard
Campurkan kesemua bahan di atas ke dalam botol sanitiser. Seperti biasa amalkan kekerapan sanitise tangan uollsss… Tapi kalau tiada Methylated Spirit??? camno ni?? Don't worry jom kita tengok next sharing!!
5tbsp Aloe Vera gel
4tbsp distil water (air Cuckoo or Coway)
4tbsp distil water (air Cuckoo or Coway)
1/4 tsp minyak Vitamin E
10 titik On Guard
Aloe Vera digaulkan Bersama Vitamin E, kemudian masukkan 10 titik minyak esen On Guard, terakhir sekali masukkan air. Gaulkan sebati, seterusnya tuangkan ke dalam bekas sanitiser. Dah buat ni kena rajin-rajin guna okay...kalau tak sia-sia jer buat macam-macam untuk protect diri chuollss…
3. HAND SANITIZING MIST
30ml Spray bottle
5 titik Frankincense
5 titik Eucalyptus
5 titik Cinnamon Bark
5 titik Wild Orange
5 titik Clove
5 titik Rosemary
5 titik On Guard
5 titik Thyme
Masukkan kesemua titisan ke dalam botol spray dan penuhkan dengan air bersih !
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!! INGAT!! Jangan hanya dimanfaatkan ketika wabak dan semasa jerebu tapi untuk pelbagai tujuan seperti kita pergi melawat orang sakit, melalui kawasan tercemar, HFMD, demam, batuk dan sebagainya. #goforabetteroption
OnGuard bantu kuatkan antibodi
On Guard ni adalah minyak pati campuran (blend oil) yang paling popular lantaran kebaikannya yang menakjubkan dan manfaat yang besar kepada tubuh badan manusia dan sebagai agen pembersih di dalam rumah. Ia juga dikenali sebagai minyak pelindung (protection blend) yang membantu menyokong sistem imunisasi tubuh, menguatkan antibodi, membuka saluran pernafasan dan antioksidan semulajadi.
Kini, On Guard juga mempunyai pelbagai line produk pembersih seperti ubat gigi, pencuci tangan, pencuci pakaian dan multipurpose cleaner. Fungsi utama kepelbagaian produk ini adalah menggalakkan isi rumah bertukar kepada produk yang lebih selamat daripada pencuci bertoksik dengan menggunakan produk alami. Difuse On Guard di dalam rumah juga membantu membersihkan udara dan menghidunya juga membantu menyokong imun tubuh kita untuk kuat daripada serangan bakteria.
Apakah kandungan di dalam On Guard?
Wild Orange, Clove, Cinnamon Bark, Eucalyptus dan Rosemary
CikSma juga telah banyak menukarkan produk pembersih dan penjagaan diri di dalam rumah kepada OnGuard tau.. Produk sedia ada yang biasanya kita gunakan mengandungi pelbagai kandungan toksik dan wangian sintetik yang membahayakan sistem pernafasan dan merisikokan kesihatan serta organ dalaman kita untuk jangka masa panjang. Cubalah bertukar kepada produk semulajadi!
Produk line yang terdapat di Malaysia:
1. OnGuard 15ml
2. OnGuard Roll On Touch
3. OnGuard Cleaner Concentrate
4. OnGuard Foaming Hand Wash
5. OnGuard Laundry Detergent
6. OnGuard Natural Whitening Toothpaste
#goforabetteroption
Monday, March 9, 2020
Putus kawan kerana cemburu? Wajarkah?
CikSma mengenali seorang kawan semasa di sekolah Menengah atas pada tahun 2002 dan hubungan kami berpatah arang pada tahun 2018. Ia lantaran suatu perselisihan 'fahaman'.
Hakikatnya sebenarnya memang hubungan itu semakin renggang dan CikSma dapat merasakannya semenjak dari beberapa tahun kebelakangan selepas dia mengalami keguguran. Pada ketika tersebut CikSma cuma beranggapan bahawa dia sedang menghadapi saat sukar kerana perlu berpindah rumah, berhenti kerja, sedikit masalah dengan suami so CikSma malas nak ganggu atau erti kata lain nak menyibuk hal rumahtangga kawan. Jika dia meluahkan CikSma sedia mendengar.
Kali terakhir kami bertemu bersua muka ketika anak kami berusia setahun sewaktu dia mengadakan rumah terbuka pada tahun 2013. CikSma faham sebagai tuan rumah mesti dia agak sibuk melayan para tetamu yang hadir. Tapi ketara perbezaan layanannya kepada CikSma dan kawan-kawannya yang lain semasa di rumahnya. Jujurnya CikSma agak berkecil hati tetapi malas diikutkan perasaan.
Perkenalan kami 16 tahun lepas bermula di dalam kelas yang CikSma sebagai pelajar baru. Dia yang menghulurkan salam perkenalan. Selama 2 tahun itu cukup rapat sehinggalah dia melanjutkan pelajaran ke Pantai Timur dan CikSma di Melaka. Pernah satu kali CikSma melawat dia di sana. Almaklumlah dia sudah ada kawan baru, maka kita pun serba salah seolah mengganggu dia dan kawan-kawan barunya pula. Kemudian, CikSma pun balik la dengan hati yang sedih.
Tahun berganti tahun… hanya WhatsApp penghubung kami. Dia seorang pelajar bidang psikologi dan penasihat yang baik. Percayalah..sekiranya kita terlalu banyak berkongsi dan meluahkan masalah, tak semua orang sudi mendengar apatah lagi membantu kita memberikan khidmat nasihat. Tak sangka apabila kita di dalam kesusahan, kawan yang baik juga menjauh. Dengan kudrat yang ada, CikSma bangkit menyelesaikan masalah sendiri dan syukur setelah semuanya kembali seperti biasa. Alhamdulilah..
Tahun 2018 yang bersejarah.. CikSma hanya bertanyakan soal traveling sahaja dan tiba-tiba dia melenting kerana CikSma mahu travel tanpa membawa anak-anak! sehingga mencampuri urusan rumahtangga dan keluarga CikSma. Masa tu masih lagi boleh pesan pada dia supaya jangan keruhkan hubungan kita begini dengan bersikap keanak-anak like that.. CikSma ada alasan sendiri tidak mahu membawa anak kecil berjalan jauh ke negara orang apatah lagi orang tua CikSma sendiri melarang dan menawarkan diri menjaga mereka lebih2 lagi merisaukan soal keselamatan cucu mereka.. tapi kecewa laa kita pula yang disalahkan sehingga terbawa-bawa sindiran ke laman sosial.
CikSma rasa sangat terhina dan ketika itu CikSma minta maaf padanya sebelum semua media penghubung baik di WhatsApp, facebook dan Instagram terus unfollow / unfriend. Biarlah orang cakap CikSma terlebih emosi dan sanggup memutuskan silaturahim tapi hakikatnya, apabila seseorang sudah melebihi hadnya dan cuba memburukkan pasangan kita. That's it! Difikir-fikirkan semula, bukan dia yang sedia membantu aku semasa bermasalah. Moralnya, tak kisahlah bagaimana erat pun hubungan kita sebagai sahabat, kena tahu batasan dalam setiap perhubungan itu. Untuk pengetahuan, sebenarnya dia sendiri juga mengaku bahawa dia cemburu kerana tidak dapat melakukan semua dengan suami secara berdua-duaan.
Kawan, jangan kerana rasa cemburu, kita menghina, menyindir dan merosakkan silaturahim kita. Membawa anak berjalan ke luar negara atau ditinggalkan, ianya subjektif (CikSma akan ulas pada posting seterusnya) dan setiap ibu bapa ada alasan tersendiri yang kita harus hormati!
Terima kasih kerana pernah menjadi kawan aku. Aku pernah sayangkan kau tapi aku tak boleh terima kau cuba burukkan orang yang aku sayang! Aku sentiasa akan kenang setiap kebaikkan kau dan aku doakan semoga kau berbahagia dengan keluarga kau selalu. Apabila ada sedikit rasa iri dalam persahabatan kita, lama-lama akan jadi toksik! Aku rasa kau pun dah tidak memerlukan aku.. Aku redha.
Lots of LOVE!
Sunday, March 8, 2020
Siapa sasaran pelanggan produk kita?
Memulakan perniagaan dengan menjadikan keluarga dan kawan-kawan sebagai target pelanggan tidaklah salah, yang salah adalah kita target bakal pelanggan yang salah! Kenapa salah?
Lazimnya apabila kita mula berbisnes, kita pun mula la mencari kawan-kawan sekolah lama di FB, rakan sekerja, jiran tetangga satu taman, keluarga dan saudara-mara sebagai prospek kita, alasannya kerana kita saling mengenali, maka lebih mudah untuk mendekati mereka bagi memasarkan produk atau perkhidmatan kita. perancangannya mungkin semuanya tampak mudah sehingga kita rasa AKAN BERJAYA meyakinkan mereka untuk membeli produk kita.
Hakikatnya, tanyalah mana-mana peniaga, itulah kesilapan sebenar kita tanpa sedar membuatkan kita tersungkur dalam perniagaan dan produk berhabuk bawah katil! Tidak semua pihak akan sudi menyokong kita..lebih menyedihkan apabila setiap mesej hanya dibalas dengan 'Blue Tick'... krikk krikk.. Lazimnya ahli keluarga dan rakan kenalan cuma akan mula nampak produk kita apabila kita sudah berjaya. So, nasihat CikSma.. nak meniaga carilah sasaran pelanggan yang betul! Bukan 1 Malaysia perlukan produk kita yaa... huhuu.. Semua orang boleh menjadi pelanggan kita tetapi hanya yang memerlukan produk kita dalam menyelesaikan masalah mereka, adalah betul-betul pelanggan kita yang sebenar!
Tahukah kenapa mereka krikk krikk??
1. FOKUS PADA MASALAH PELANGGAN
'Apakah produk anda dapat menyelesaikan masalah pelanggan dan Siapakah pelanggan anda?'
Kita tidak perlu memasarkan fakta berkenaan kandungan vitamin C, kolagen dan peratus gula di dalam produk! Di sinilah silapnya founder di mana sering bercakap berkenaan fakta produk yang sukar difahami oleh bakal pelanggan. Fokuskan pada emosi pelanggan yang mana produk kita boleh menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dan memberikan manfaat kepada pelanggan. Tumpukan terhadap VALUE yang bakal diperolehi oleh pelanggan.
2. BERGURU ATAU CARI MENTOR
Dato Dr. Azizan Osman, Tuan Najib Asaddok, Sifu Bad, dan Encik Khairul EK adalah contoh mentor perniagaan yang kita boleh jadikan sebagai guru usahawan kerana mereka telah terbukti berjaya melahirkan ramai usahawan berjaya bertaraf jutawan hari ini. Anda harus memberikan komitmen 200% jika mahu dibimbing untuk berjaya dan sedia berkorban masa, tenaga dan wang ringgit. Jangan bazirkan masa anda dengan mengulangi ilmu yang dipelajari pada zaman ortodok yang mana masih tidak mendatangkan hasil.
3. FB PAGE
Ikuti perkembangan semasa dengan memasarkan produk secara online kerana lebih ramai bakal pelanggan kita berada di alam maya berbanding yang mahu bergerak ke kedai. Bukanlah offline tidak lagi relevan sebaliknya gaya hidup manusia telah berubah. Sekiranyaa kita tidak mengikuti perkembangan semasa, kita akan ketinggalan dari banyak aspek. Facebook telah menyediakan kita satu platform target pelanggan kita, tinggal hanya kita yang kena cari ilmu untuk klik dan klik untuk memanfaatkan data FB yang tersedia untuk memulakan perniagaan.
Moga perkongsian ini bermanfaat!
Kematian yang dicemburui : Abam Bocey
Sudah lama CikSma terpanggil untuk berkongsi berkenaan seorang ikon pelawak tanah air iaitu Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Ridzuan yang telah menemui penciptaNya pada 10 Februari 2020. Arwah meninggal dunia pada usia 32 tahun dalam tidur.
CikSma meminati Bocey kerana semangat juang mereka di atas pentas MLM #gemukisawesome Mereka berkarya dengan memberikan 100% komitmen sehabis baik. CikSma akan tertunggu-tunggu watak yang akan dibawanya setiap kali di pentas disokong oleh teman pentasnya Fad dan Achey. Sungguhpun kadang-kala wataknya kecil tapi ia sangat memberikan impak walaupun sekadar membuat mimik muka.
Setelah beliau meninggal dunia, rasa rindu nak tengok aksi beliau yang comel di pentas. Semacam tidak percaya apabila perkhabaran pagi tersebut dibuat oleh Fad di Instagram akan pemergiannya, diikuti oleh Achey. Ingatkan kematiannya hanyalah kematian yang lazim tapi ia meninggalkan impak yang tidak terucap dengan kata-kata apabila pengebumian beliau menjadi fenomena kepada negara. Semua orang yang jauh dan yang dekat dari pelosok negeri ribuan membanjiri rumah, masjid dan kubur beliau. Begitu sekali Allah mengangkat darjat dan memuliakan beliau. Sekalipun selepas beberapa hari beliau dikebumikan, masih berduyun-duyun orang menziarahi kubur beliau.
Semenjak dari hari itu CikSma menyelongkar YouTube mencari-cari apakah keistimewaan insan ini? Allahu Akbar... CikSma celik kejap dari hal duniawi ini. Dalam meniti kemasyuran dalam industri seni, beliau tidak pernah lupa menyediakan bekalan matinya. Setiap video arwah dalam apa jua rancangan pasti akan menyentuh bab keagamaan, secara spontan keikhlasan itu menyentuh hati dan menitiskan air mata CikSma.
APABILA MATI SESEORANG ANAK ADAM, MAKA PUTUSLAH AMALNYA MELAINKAN 3 PERKARA, IAITU SEDEKAH JARIAH, ILMU BERMANFAAT KEPADA ORANG LAIN DAN ANAK SOLEH YANG MENDOAKAN.
1. MENJAGA KERAMAT HIDUP
Beliau paling rapat dengan ibunya dari kecil tidak pernah berpisah sekalipun sehingga berkahwin dan mempunyai anak. Beliau menjaga ibunya seperti menatang minyak yang penuh, tidak pernah melawan, menyantuni ibunya penuh sabar dan paling terkesan adalah rasa tanggungjawabnya dalam menjaga kebajikan ibunya sepanjang masa. Menghormati ibu bapa adalah kunci keberkatan hidup.
Dalam surah al-Isra' ayat 23, Allah SWT telah berfirman yang maksudnya: "Dan TuhanMu telah memerintahkan janganlah kamu semua memyembah melainkan Dia dan berbuat baiklah kepada ibu bapa." Ayat itu secara jelas menyatakan perintah Allah agar berbuat baik kepada ibu-bapa.
2. BERSEDEKAH KEPADA ANAK YATIM DAN PUSAT TAHFIZ
Bersedekah dalam erti kata sebenar adalah tangan kanan memberi, tanpa pengetahuan si tangan kiri. Lazimnya manusia hari ini mementingkan pengiktirafan dan sanjungan masyarakat dalam membuat kebajikan kepada yang memerlukan. CikSma tidak menyalahkan sesiapa kerana setiap orang ada pandangan dan agenda tersendiri, ada yang beri alasan memberi berdasarkan niat. Tapi CikSma lebih suka mengambil sikap apapun kebaikan yang kita buat, biarlah itu menjadi rahsia kita dengan Allah SWT. Kalau boleh tiada mata manusia yang nampak lebih bagus. Itulah yang terjadi kepada arwah. Setiap kebaikannya dalam mengerjakan amal jariah kepada orang sekeliling tidak pernah diwar-warkan. Kita hanya mengetahui hanya selepas arwah pergi, satu demi satu cerita sumbangannya meniti dari bibir ke bibir.
3. MENDAHULUKAN ADIK BERADIK DAN AHLI KELUARGA.
Adik beradik seibu sebapa atau bertiri sekalipun, ia tetap darah daging kita walaupun sejahat manapun mereka. Siapa lagi yang patut membantu ahli keluarga sendiri kalau bukan kita. Betullah kata arwah dalam satu temuramah di mana kalau diperhatikan di luar sana, kebanyakkan gelandangan terjadi kerana mereka tidak dapat bantuan sewajarnya oleh ahli keluarga mereka. Sokongan satu sama lain antara adik-beradik itu penting dapat merapatkan ukhwah. Orang yang terdekat adalah lebih afdal dibantu terlebih dahulu sebelum nak bantu orang lain yang tiada talian persaudaraan dengan kita.
4. SUKAKAN ILMU DAN JIHAD KE ARAH DAKWAH
Memberikan sumbangan kepada pembangunan tahfiz dan menaja para pendakwah dalam perjuangan dakwah mereka. Sumbangan tidak semestinya dalam wang ringgit, tapi mungkin dalam bentuk tenaga dan masa kita memberikan sokongan. Setiap sedekah dan jihad kita akan memberikan ganjaran untuk kita esok di akhirat. Iman manusia adalah nipis. Jadilah manusia yang cintakan ilmu lebih-lebih lagi ilmu agama kerana kalau hendak dibandingkan ilmu yang kita ada di dunia ini hanyalah seperti buih di lautan. Sentiasa belajar dan meningkatkan ilmu pengetahuan walau dalam apapun bidang.
5. SENTIASA BERBUAT BAIK PADA SEMUA ORANG
Hashtag arwah #kitabaikramaisayang betul-betul meninggalkan kesan dan impak pada CikSma. Berbuat baiklah dengan semua orang sekalipun kita disakiti. Jangan simpan sikap dendam di dalam hati kerana ia hanya merosakkan kesucian hati kita dan menyukarkan hidayah dari Allah. Anggaplah setiap kejahatan daripada seseorang yang menyakiti kita itu sebagai ujian dan amaran daripada Allah dalam menguji hati kita kerana syurga itu sangat mahal!
Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya "Ambillah ikhtibar daripada orang yang telah mati di kalangan kamu."
Alfatihah untuk arwah Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Ridzuan.
Friday, March 6, 2020
3 minyak Universal pati esensial
Tiada pengetahuan kepada Minyak Pati Esen tetapi berminat dengan kebaikkan minyak yang diuar-uarkan ?
3 tahun lepas, CikSma memang tiada pengetahuan dengan apa yang dimaksudkan dengan minyak pati esen ni. Walaupun ada sedikit idea, ianya hanya sekadar mengikut logika akal! Bila orang sebut Pati, maka secara lojik akalnya menganggap ia adalah sumber utama sesuatu minyak daripada sesuatu tumbuhan. Tapi sebagai seorang yang mempunyai tahap pengetahuan rendah terhadap minyak pati ketika itu, CikSma memang banyak ragu-ragu ketika itu dan banyak mempersolkan ketulenannya. Adakah ia benar-benar tulen bermaksud tiada bendasing selain dari pati tumbuhan itu semata-mata? Dan sekiranya ia tulen adakah selamat digunakan ke atas tubuh kita tanpa meninggalkan sebarang alahan? Dan adakah ia benar-benar mujarab untuk menyelesaikan masalah gejalan kesihatan sepertimana yang diwar-warkan? Banyak kan permainan dalam fikiran CikSma..hihii..
TULEN, SELAMAT DAN BERKESAN!
3 perkataan di atas telah menggambarkan kualiti minyak pati yang sebenar. Ia harus tulen tanpa campuran alkohol, bahan sintetik atau minyak pelarut yang berlebihan. Selamat digunakan ke atas kulit. Cepat menyerap di atas kulit tanpa meninggalkan kesan melekit dan alahan. Tahap keberkesanan minyak pati esen adalah 50-70 kali lebih kuat daripada herba. Sifat semulajadi sesuatu tumbuh-tumbuhan itu sendiri yang mana antiviral, antifungal, antiseptik itu sendiri membantu keberkesanannya bagi melegakan alergi, melegakan kesakitan, menenangkan emosi dan mempercepatkan proses pembaikkan luka, merangsang mood positif dan sebagainya.
Set TRIO adalah 'salam' pengenalan daripada dunia minyak pati doTERRA!
Set Pengenalan ini mempunyai 3 botol 5ml minyak pati yang terdiri daripada minyak pati Lemon, Pudina dan Lavender. Percayalah! Set ini pasti mempu membuatkan anda membuka sedikit mata dan hati akan gaya hidup sebenar bersama minyak pati.
Aroma Lemon adalah agen pembersih dan mood booster!
Ia berupaya untuk membangkitkan mood dan menyokong emosi positif. Diffusekan setiap pagi sebelum memulakan pekerjaan, anda akan sedari yang anda tidak akan mudah terpengaruh dengan aura negatif orang sekeliling anda. Juga amalkan inhale aroma sitrus ini setiap 1 jam supaya tenaga anda sentiasa berada pada tahap optima. Lemon juga digunakan dalam banyak DIY produk dan menjadi agen pembersihan seperti bahan pencuci lantai dan pinggan mangkuk. Titikkan ke dalam mesin basuh pakaian anda sebagai perfume dan mengelakkan bau hapak pakaian.
Aroma Pudina yang menyegarkan!
Sesiapa yang mudah mengantuk atau kekurangan tenaga, inhale aroma ini bagi meningkatkan daya fokus anda. CikSma selalu stand-by jer minyak ni sepanjang masa lebih-lebih lagi bila kena drive jauh atau jadi first-aid kecemasan kita apabila tiba-tiba diserang sakit perut ke kan.. Selain itu, amalkan juga sapuan pada temple kepala apabila diserang sakit kepala, migrain dan batang hidung sekiranya mempunyai masalah hidung tersumbat akibat selsema. Inshaa Allah ia akan melegakan dengan cepat dengan kebaikkan aroma mint dingin itu.
Aroma Lavender adalah aroma yang menenangkan.
Aromanya yang tenang itu dapat melegakan tekanan yang sedang dihadapi. Sekiranya pekerjaan anda mempunyai risiko stress yang tinggi, Lavender patut berada di dalam beg anda. Awas! ketenangan yang dirembiskan oleh Lavender juga boleh membuatkan anda mudah terlena. Sebab itu, lavender banyak digunakan sebagai fungsi membantu melegakan masalah sukar tidur, insomnia dan gangguan tidur malam. Untuk pengetahuan, minyak Lavender juga mempunyai manfaat terhadap kulit dan rambut. Sekiranya anda mempunyai masalah kulit muka kering mengelupas, sensitif, kesan melecur dan sunburn matahari, sapukan beberapa titik pada bahagian yang bermasalah, lavender akan membantu membaikpulihnya. Begitu juga beberapa titik minyak ini mampu memberikan kelembapan pada masalah rambut kering.
Go for a better option!
Whatsapp : www.wasap.my/60136751079
Instagram : www.instagram.com/asma.haryati
FB Page : Asma Haryati Wellness
Tuesday, March 3, 2020
Minyak Kemaafan
Terlalu kecewa dengan layanan kawan baik? Bagaimana nak hadapinya?
CikSma pernah melalui satu titik duka di dalam hidup, cikSma gambarkan ia sebagai tahun gelap (dark year) yang kalau boleh nak buang jauh-jauh dalam hidup ni. Tak nak ingat langsung sebab sakitnya terasa sehingga ke hari ini! CikSma rasa kecewa atas pengkhianatan dan penganiayaan yang dilakukan oleh orang sekeliling kita yang kadang-kala kita sendiri kurang pasti apakah faktor utama kita disakiti.
CikSma pernah cuba bertanya untuk mendapatkan alasan disakiti itu tapi malangnya tiada jawapan... Percayalah, sebenarnya mereka sendiri tidak tahu kenapa mereka berbuat demikian kepada kita, samada atas alasan rupa paras, pangkat, kuasa atau kekayaan sebagainya. Apabila seorang manusia mempunyai rasa iri hati terhadap seseorang, hakikatnya bukanlah disebabkan perkara di atas, sebaliknya adalah kerana 'siapa diri kita'. Mungkin pembawakan diri kita dan penampilan kita yang menonjolkan identiti diri kita membuatkan mereka rasa tergugat. Itu jer..
Para pembaca, saat kekecewaan itu berlaku, janganlah ulangi kesilapan yang sama CikSma pernah lakukan tau.. Hentikan menghitung nasib, mengadu domba menjaja cerita ke sana ke sini meminta simpati orang sekeliling betapa sengsaranya kita dilayan macam tu, cukuplah bersedih! La Tahzan.. Kerana apa yang kita sedang lakukan hanya menampakkan kebodohan diri sendiri yang mencari perhatian orang lain yang langsung tidak kisah dengan kekecewaan kita. Orang tak suka kita, tak nak kawan dengan kita, biarkan... abaikan.. kita cari orang nak ikhlas nak berkawan dengan kita! Allah lahirkan kita di dunia ini untuk saling mengenali satu sama lain. Percayalah, ada hikmah Allah memisahkan kalian kerana dia bukan yang terbaik dan ikhlas untuk kamu!
Alhamdulillah..syukur ke hadart Illahi, Allah temukan CikSma dengan insan baru yang terlalu baik dan banyak memberi inspirasi kepada hala tuju masa depan CikSma. Cahaya ada di hujung jalan. Allah hanya mahukan yang terbaik untuk kita!
3 TIPS NAK LEPASKAN PERASAAN SAKIT HATI:
1. Senaraikan atau luahkan kekecewaan kita pada sehelai kertas, setelah puas semuanya telah terluah dan emosi kita lebih tenang, renyuk atau koyak setiap cebisan itu.. kemudian bakar menjadi abu.
2. Menyanyi di dalam kereta atau di pusat karaoke, menjerit sepuas hati supaya perasaan itu dapat dilepaskan.
3. Lakukan solat Tahajut minta kekuatanNya dan maafkan orang tersebut walaupun hati kita tidak ikhlas. Perkara yang dilakukan setiap hari yakinilah ianya akan melembutkan hati kita suatu hari nanti. Memaafkan itu menyucikan hati kita daripada titik gelapnya hati.
Salurkan kekecewaan itu kepada perkara positif! Contohnya, fokus pada kerjaya, perniagaan atau pelajaran, sibukkan diri dengan menjaga dan mencantikkan diri sendiri. Itu paling penting!! haha...
Your success is the best REVENGE!
FORGIVE adalah minyak Pati Esen yang CikSma guna dengan kerap tatkala perasaan sedih dan kecewa itu timbul..bauan yang menenangkan..self love..self-acceptance!
Isteri membantu atau menyara suami?
ISTERI MAKAN DUIT SUAMI @ SUAMI MAKAN DUIT ISTERI?
CikSma agak tertarik dengan satu perkongsian dia laman media sosial di mana ia menyentuh bab wanita yang ditanggung oleh si suami atau dalam kata mudahnya seorang wanita yang terlalu suka bergantung hidup pada si suami.
Definisi kenyataan 'wanita' di atas adalah merujuk kepada wanita yang bekerjaya dan suri rumah seangkatannya. Apa yang cuba disampaikan dalam topik tersebut adalah isu wanita 'jangan terlalu mengharap duit suami', kerana kita tidak pasti sampai bilakah si suami mampu menafkahi kita. Bayangkan si suami meninggal atau kita ditinggalkan...apa yang agak-agaknya akan berlaku dan apakah tindakan kita?
"Dik.. duit suami wajar dan afdal dihabiskan oleh si isteri berbanding si isteri pulak yang menyara hidup suami. Lebih murah dia sara keperluan kita daripada suami menyara wanita lain pulak! Mana nak? Pilih!"
Faham?? huhuu… tu ayat kasar sentap laa.. tapi cikSma percaya wanita zaman kini ramai yang bijak dan kalau tak bijak pun kena jadi bijak untuk merancang kewangan keluarga. Duit yang diberi oleh suami janganlah dihabiskan sepenuhnya untuk kegunaan peribadi atau keperluan dapur, simpanlah sikit untuk tujuan kecemasan diri sendiri!
Dengan pelbagai isu bab duit dan duit hari ini..penganiayaan demi penganiayaan kepada isteri dan anak-anak, takut kan? CikSma tabik kepada wanita di luar sana yang sanggup melepaskan gaji 5-6 angka semata-mata menjadi suri rumah dan mahu memberikan tumpuan kepada keluarga. Hakikat sebenar seorang isteri bekerja adalah membantu kewangan suami untuk menyokong ekonomi rumahtangga, bukanlah kita yang 'menyara' keluarga. Ramai yang salah faham bab ini! Jangan memanjakan suami dalam bab NAFKAH keluarga supaya masing-masing faham tanggungjawab seorang isteri dan suami. Lazimnya apabila berlaku kecurangan dan penceraian, isteri akan mengungkit itu dan ini..betul tak? Kita dah berkorban segalanya untuk keluarga tetapi kenapa tidak dihargai malah disakiti. Itu ayat kita kan wahai wanita sekalian..haha.. Tapi andainya kedua-dua belah pihak menjalankan peranan mereka dengan baik dari awal, perkara yang menguji rumahtangga sebegini takkan berlaku. Jika berlaku bab mengungkit sekalipun, kita tidaklah rasa kecewa ya amat.
Harus CikSma ingatkan di sini kepada wanita di luar sana agar 'secure' kan masa depan kita. Bab insurans, simpanan dan harta suami dititikberatkan akan perihal waris, wasiat mahupun hibahnya telah dilakukan semasa hayat supaya tidak menyesal di kemudian hari. Islam sendiri mengingatkan bab wasiat di dalam Al-Quran. Sebagai isteri, anda kenal siapa suami anda dan bagaimana nak mainkan emosi mereka bab ini, mainkan peranan anda dan berbincanglah dari hati ke hati dengan encik suamimu kerana kita ada anak-anak suami untuk disara perut dan hak mereka.
Moga bermanfaat ya semua.. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
ANAKKU GDD
Global Development Delayed Sungguh aku hilang kesabaran dengan si abang. Dia tidak faham apa yang aku cakapkan, langsung tiada fokus dan m...
-
PIAWAIAN CPTG Minyak pati doTERRA CPTG ialah sebatian aromatik tulen, semulajadi yang diekstrak dengan teliti daripada tumbuh-tumbuhan....
-
Global Development Delayed Sungguh aku hilang kesabaran dengan si abang. Dia tidak faham apa yang aku cakapkan, langsung tiada fokus dan m...
-
Kenapa keluarga dan kawan-kawan bukan bakal pelanggan terbaik? Ini adalah pandangan peribadi CikSma. Tidak menyalahkan sesiapa kerana menyok...